KUALA LUMPUR: Selamat menyambut tahun baharu 2024. Semoga Malaysia terus makmur dan sejahtera. Apa keutamaan kita untuk 2024?
Yang pasti suasana global kekal mencabar. Pertumbuhan ekonomi dunia dijangka menurun buat kali ke tiga berturut-turut, 3.5% (2022), 3.0% (2023) dan 2.9% (2024). Negara-negara maju juga sama, dijangka kekal lembap dari 2.6% (2022), 1.5% (2023) dan 1.4% (2024).
Malaysia sebuah negara kecil dan terbuka, pertumbuhan ekonomi global dan negara-negara maju umumnya penentu utama kepada pertumbuhan kita. Permintaan domestik (perbelanjaan isirumah, pelaburan swasta, dan perbelanjaan kerajaan) menjadi penyokong kepada pertumbuhan.
Pertumbuhan ekonomi adalah ‘keberhasilan akhir’ pengurusan ekonomi yang berjaya. Kita sering dibuai oleh alunan ‘cyclical’, peratus pertumbuhan yang melekakan. Kesan ‘air pasang’ global yang mengapung tinggi semua bot dan sampan, melekakan kita. Kita gagal memberi perhatian dan komitment yang bersungguh-sungguh untuk memastikan perkara-perkara asas struktur ekonomi negara turut berubah menepati keperluan pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Ini masalah dan cabaran besar pengurusan ekonomi kita. Ini yang menjadi mukadimah ucapan peluncuran Ekonomi Madani. Kata PM, kita terperangkap. Jangan leka. Penstrukturan semula ekonomi adalah pokok dalam memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju, berpendapatan tinggi dan dihormati. Kita mesti segera keluar dari diperangkap ini.
Hampir semua permasalahan struktur yang kita hadapi hari ini bukan baharu, telah lama dikenalpasti dan dinyatakan dalam pelan-pelan pembangunan kita. Namun, komitmen menjayakan penstrukturan semula ekonomi negara jelas tidak bermaya.
Antaranya, mengubah enjin ekonomi menjadi lebih kompleks dan bernilai tinggi. Meningkatkan pendigitilan dan adaptasi teknologi. Mengukuhkan kualiti insan, tenaga kerja dan bakat. Meningkatkan integriti dan menghapuskan rasuah. Meningkatkan kecekapan dan keadilan pasaran (barangan, perkhidmatan dan tenaga kerja). Memulihkan kedudukan fiskal. Meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Memastikan keterjaminan makanan. Mengimbangi pembangunan wilayah. Menjamin kelestarian. Meningkatkan martabat dan kesejahteraan kehidupan dan banyak lagi elemen-elemen struktur yang perlu ditangani.
Semua pemimpin dan perancang ekonomi negara mesti jelas, fokus kepada misi ‘menstruktur semula’ ekonomi negara. Kalau kita ingin mengukur kejayaan mengurus ekonomi negara, ciri-ciri struktur inilah yang seharusnya menjadi petunjuk kepada kita, bukannya ‘peratus pertumbuhan’ ekonomi yang turut dipengaruhi oleh prestasi global.
Pada hemat saya penstrukturan semula ekonomi seharusnya menjadi agenda pembangunan paling utama 2024.
Kita perlukan Pelan Tindakan Strategik Ekonomi Madani. Memperincikan tindakan-tindakan strategik yang akan dilaksanakan bagi merealisasikan matlamat Ekonomi Madani.
Ekonomi Madani yang diluncurkan pada bulan Julai 2023 yang lalu meletakkan matlamat dan sasaran yang jelas tetapi perincian tindakannya masih belum jelas. Saya menyanjung kecerahan halatuju Ekonomi Madani, menjadi ‘Peneraju Ekonomi Asia’ dan ‘Meningkatkan Darjat Kehidupan Rakyat’, cukup untuk menjadi laungan reformasi ekonomi. Saya menyambut baik penubuhan Unit Pantau Madani yang baru ditubuhkan. Pelaksanaan dan pemantauan adalah sangat penting.
Persoalan yang bermain difikiran saya ialah, bagaimanakah kerangka Ekonomi Madani ini diperturunkan dan dilaksanakan oleh semua kementerian dan agensi kerajaan? Apakah tindakan-tindakan strategik yang akan digerakkan bagi merealisasikan Ekonomi Madani? Kejelasan ini penting bagi memastikan semua kita bergerak bersama.
Membangunkan negara adalah tanggungjawab semua. Tidak mungkin satu kementerian sahaja mencukupi. Sehingga kini hasrat menstruktur semula ini hanya kedengaran dari beberapa pemimpin. Beberapa tindakan strategik yang mengubah pendekatan dan tatacara telah diumumkan. Ini yang perlu kita utamakan. Berani dan segera berubah. Meninggalkan cara lama yang diwarisi dan tidak lagi berkesan.
Merealisasikan Ekonomi Madani memerlukan semua kementerian jelas dengan apa yang mereka perlu laksanakan. Bezakan aspek pengoperasian lazim dengan tindakan strategik. Angkat misi besar menstruktur semula ekonomi negara.
Mesti ada kebersamaan dikalangan ahli kabinet. Setiap Menteri dan agensi-agensi yang dibawahnya mesti jelas dengan mandat strategik ini dan berupaya menggerakkan penstrukturan yang diperlukan. Jangan Ekonomi Madani hanya di ucapan Perdana Menteri tetapi tidak kedengaran ditempat lain.
Bersempena tahun 2024, saya anjurkan tindakan-tindakan strategik ini diumumkan kepada masyarakat. Apakah tindakan-tindakan penstrukturan semula yang bersifat strategik yang akan digerakkan bagi merealisasikan Ekonomi Madani?
Kementerian manakah yang akan menerajui setiap satu penstrukturan semula ini? Apakah sasaran untuk tahun 2024? Setiap satu tindakan penstrukturan dipantau pelaksanaannnya dan dilaporkan prestasinya.
Semoga 2024 menjadi tahun yang lebih hebat untuk kita semua. Marilah bersama kita membangunkan negara kita yang tercinta.
* Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali merupakan pakar ekonomi yang juga Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM)
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Astro Awani
Tue Jan 02 2024
Menurut Prof. Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, hampir semua permasalahan struktur yang kita hadapi hari ini bukan baharu. Namun, komitmen menjayakan penstrukturan semula ekonomi negara jelas tidak bermaya. - Foto fail
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
Pendaftar PADU masih boleh hantar maklumat yang belum lengkap
Antara maklumat yang belum lengkap diisi ialah pengenalan diri (gagal pengesahan identiti).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 April 2024.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.
Orang ramai ambil peluang terakhir daftar, kemas kini PADU
Rata-rata penduduk yang ditemui memuji usaha kerajaan dalam memastikan rakyat dapat mendaftar PADU secara fizikal yang dapat menjimatkan masa serta memudahkan penduduk.
PADU ada data asas 30 juta rakyat Malaysia
Data itu hanyalah data asas yang dikumpul daripada pelbagai agensi sedangkan yang diperlukan sekarang adalah data dinamik.
Hari terakhir kemas kini data dalam PADU
Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan pendaftaran PADU dengan angka 1.45 juta orang disusuli Johor 1.02 juta dan Sarawak 0.89 juta.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.
Sebanyak 9.82 juta kemas kini data dalam sistem PADU
Seramai 9.82 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini maklumat di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.