BISNES
[KOLUMNIS] RMK13: Jangan sekadar cantik di rak, jadilah kontrak kemajuan
Mengecilkan jurang ketidaksamarataan menjadi antara fokus dalam RMK13 yang menjadi RMK pertama di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar hiasan/BERNAMA
RANCANGAN Malaysia Ke-13 (RMK13) dipromosikan sebagai pelan hala tuju menuju masa depan berpendapatan tinggi, mampan dan inklusif.
Tetapi jangan kita menipu diri sendiri!
Jika RMK13 sekadar menjadi brosur cantik dengan lebih 200 halaman yang berhabuk di rak, kita berisiko menghukum negara ini dengan satu lagi dekad yang hambar.
RMK12 adalah pengajaran yang mahal. Ia menjanjikan transformasi tetapi hanya membawa perubahan kecil.
Kementerian beroperasi secara 'silo', akauntabiliti kabur dan laporan kemajuan lebih kepada persepsi berbanding hasil sebenar.
Kita menjejak aktiviti, bukan impak. Adakah produktiviti meningkat? Adakah jurang ketidaksamarataan mengecil?
Tiada siapa yang boleh menjawab dengan yakin kerana data lewat, tidak lengkap atau sengaja samar.
Kini hadir RMK13, dengan retorik berani tentang kecerdasan buatan (AI), pertumbuhan hijau dan usaha merapatkan jurang ketidaksamaan.
Ia juga mengakui keperluan reformasi tadbir urus, satu pengakuan lewat (setidaknya mengaku) bahawa jentera pelaksanaan kita 'rosak'.
Tetapi aspirasi tanpa pelaksanaan, apatah lagi penguatkuasaan, hanyalah sandiwara.
Inilah hakikat yang sukar diterima, Malaysia tidak perlukan satu lagi pelan. Kita perlukan revolusi dalam pelaksanaan.
Ini bermakna:
RMK13 bukan sekadar satu lagi rancangan lima tahun. Ia adalah ujian sama ada Malaysia mampu bergerak daripada retorik kepada hasil.
Jika gagal, kita kekal terperangkap dalam perangkap pendapatan sederhana, melihat ekonomi lain memintas kita.
Jika berjaya, kita membuka jalan kepada kemakmuran bersama.
Pelan induk sudah siap. Kini, Malaysia mesti membina dengan segera, tepat dan tanpa toleransi terhadap alasan.
* Harits Asyraf Hasnan merupakan Penolong Naib Presiden, Pengarang Multiplatform, Bahagian Perniagaan, Ekonomi dan Kewangan di Astro AWANI.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini

- Ketelusan Radikal: Terbitkan papan pemuka awam masa nyata (real-time public dashboard) untuk KPI RMK13. Jika kita boleh jejak pembelian melalui aplikasi Grab atau foodpanda secara langsung, mengapa tidak kemajuan negara?
- Akauntabiliti yang Tegas: Wujudkan Unit Penyampaian RMK13 peringkat tinggi di bawah Jabatan Perdana Menteri, dianggotai bakat terbaik, diberi kuasa memintas birokrasi dan melapor terus kepada Parlimen.
- Peruntukan Berasaskan Hasil: Setiap ringgit mesti dikaitkan dengan hasil yang boleh diukur, bukan aktiviti kabur.
- Mobilisasi Seluruh Negara: Badan swasta, masyarakat sivil dan rakyat mesti diberi tempat di meja rundingan termasuk saluran untuk melaporkan kegagalan.