Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menggesa kalangan masyarakat kewangan untuk mempertingkatkan tanggungjawab moral yang diamanahkan kepada mereka apabila menjalankan perniagaan masing-masing.
Ketika membuat gesaan itu, Penolong Gabenor BNM, Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour juga mengingatkan sektor kewangan untuk mengambil pendekatan holistik, prihatin dan realistik bagi membudayakan aspek profesionalisma dan etika.
"Kita tidak boleh memperlekeh kuasa serta bahaya akibat tindakan segelintir kelompok yang bermasalah ini. Malah, bukti (yang ada) menuntut kita untuk memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan satu sistem yang menggalakkan amalan sikap beretika secara berterusan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama pada Persidangan Etika Perniagaan AIF-FSBP 2017 di sini, hari ini.
Shaik Abdul Rasheed berkata biarpun kalangan pengawal selia berperanan penting menjelaskan aspek perundangan, namun sektor swasta juga tidak kurang pentingnya untuk menyumbang dari segi memastikan semangat moral itu turut dipraktikkan.
Tegasnya, masyarakat kewangan juga tidak harus menidakkan realiti itu berikutan wujudnya kelompok bermasalah dalam industri kewangan.
Sehubungan itu, katanya, mesej yang jelas perlu dihebahkan bagi mengelak kelompok itu mendapat tempat dalam industri itu.
"Tindakan adil, seimbang dan telus merupakan perkara asas bagi memastikan mesej itu dapat disebarkan," katanya.
Beliau turut memetik ungkapan ahli falsafah Greek purba, Plato: "Insan yang baik tidak perlukan undang-undang untuk mengajar mereka bertindak secara bertanggungjawab sebaliknya orang yang jahat akan mencari jalan untuk memperalatkan undang-undang."
Shaik Abdul Rasheed turut berkongsi contoh dalam landskap kewangan Malaysia yang membuktikan industri kewangan juga tidak kebal daripada berdepan cabaran etika.
Jelasnya, pada 1980-an dan 1990-an, berlaku kes bank-bank tempatan mengalami kerugian besar akibat tindak-tanduk dan keputusan oleh pihak pengurusan kanan tidak beretika yang memberi kelulusan pinjaman secara tidak berhemat.
"Sejak dua tahun lepas (misalnya), denda melebihi RM100 juta telah dikenakan terhadap mereka yang menyalahi peraturan di bawah BNM dan Suruhanjaya Sekuriti.
"Satu kajian oleh Universiti Malaya dan Institut Bank-Bank Bertauliah Asia pada 2014 juga mendedahkan sebanyak 43 peratus pekerja dalam sektor perbankan konvensional Malaysia mengetahui wujudnya perbuatan salah laku di tempat kerja," katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, cabaran etika untuk pemimpin korporat dan sektor awam adalah untuk mewujudkan satu budaya serba kondusif.
"Kita perlu menumpukan tiga elemen ini - sistem, situasi dan rakyat," katanya.
Shaik Abdul Rasheed berkata, menyedari kepentingan itu, mulai 1 Jan, 2018 bank pusat berkenaan akan memperkenalkan kerangka ketelusan bagi tindakan penguatkuasaan BNM serta berperanan sebagai mekanisme untuk membendung sebarang salah laku. -- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2017
Shaik Abdul Rasheed menegaskan, cabaran etika untuk pemimpin korporat dan sektor awam adalah untuk mewujudkan satu budaya serba kondusif. -Gambar fail
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
BNM masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung premium insurans perubatan - PM Anwar
Bank Negara Malaysia masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung cadangan kenaikan kadar premium insurans perubatan.
Suri rumah rugi RM130,000 selepas terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di sini pada awal November lepas.
Bank Negara Malaysia keluarkan tiga syiling peringatan
Syiling peringatan itu akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Syiling Peringatan Perak Sterling (pruf) serta Syiling Peringatan Nordic Gold Brilliant Uncirculated (B.U.).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$117.59 bilion akhir Oktober 2024 - BNM
Aset rizab rasmi berjumlah AS$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.7 juta pada akhir Oktober 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
BNM arah ITO semak kenaikan caj premium perubatan agar harga lebih wajar
Syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) diarah untuk menyemak strategi penentuan semula harga insurans perubatan serta kesihatan (MHIT) untuk memastikan ia lebih wajar.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.