KUALA LUMPUR: Ketegangan geopolitik yang kian menggusarkan di Asia Barat boleh menyebabkan penumpang udara dari rantau itu terjejas sekali gus mampu mengurangkan pendapatan Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) sehingga 26%.
Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, unjuran pengurangan 26% pendapatan Malaysia Airports bagi setahun penuh 2024 berdasarkan senario terburuk dengan penumpang dari Asia Barat terhenti sama sekali akibat konflik yang berlaku.
Firma itu yang menganalisis kesan ketegangan di Asia Barat kepada sektor penerbangan Malaysia berkata, ketegangan geopolitik yang semakin meningkat juga memberi risiko kepada harga sasaran (TP) sesaham Malaysia Airports dengan dipotong 26% menjadi RM6.61.
"Sebagai pengendali lapangan terbang, sudah pasti Malaysia Airports tidak perlu takut dengan harga bahan api pesawat yang lebih tinggi.
"Walau bagaimanapun, kami bimbang jumlah trafik ke dan dari Asia Barat akan memberi kesan kepada operasi Malaysia Airports di Malaysia dan Turki," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Jelas Maybank IB, unjuran ini dibuat berdasarkan statistik 2019 kerana Malaysia Airports belum mengeluarkan statistik lapangan terbang 2023 yang memperincikan jumlah trafik dari wilayah Asia Barat.
"Meneliti statistik lapangan terbang 2019 (prapandemik), trafik penumpang ke dan dari Asia Barat menyumbang 7% daripada trafik penumpang antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 28% daripada trafik penumpang antarabangsa di Istanbul Sabiha Gokcen (Rajah 1).
"Di bawah senario terburuk di mana semua trafik penumpang dari Asia Barat berhenti, kami menganggarkan bahawa pendapatan Malaysia Airports akan dipotong sebanyak 26% pada asas setahun penuh dan DCF-TP kami akan dipotong kepada MYR6.61 (-26%)," jelasnya.
Sementara itu, kata Maybank, kebimbangan utama mereka kepada Capital A dan AirAsia X ialah harga minyak pesawat yang tinggi susulan konflik Asia Barat.
"Kami menganggarkan setiap kenaikan AS$1 setong bagi harga bahan api jet akan meningkatkan/merendahkan anggaran kerugian/keuntungan bersih teras sebanyak RM50 juta (Capital A) dan mengurangkan SOP-TP (harga sasaran) kami sebanyak 3 sen sesaham," katanya.
Bagi AirAsia X, setiap kenaikan AS$1 setong bagi harga bahan api jet diunjur akan mengurangkan untung bersih sebanyak RM14 juta.
Kata firma itu, ketika ini harga bahan api pesawat masih dalam unjuran sebanyak AS$105/setong.
"Bagaimanapun, kami berpendapat bahawa Capital A (AirAsia) boleh 'memindahkan' kos bahan api yang lebih tinggi kepada penumpang memandangkan MYAirline telah menggantung operasi pada Oktober 2023.
"Setakat ini, AirAsia Malaysia yang menyumbang lebih 80% kepada pendapatan kumpulan telah dapat mengenakan tambang yang lebih tinggi tanpa menjejaskan faktor muatan," ujarnya.- Dagang News
Dagang News
Wed Apr 17 2024
![Konflik Iran-Israel: Pendapatan Malaysia Airports dijangka terjejas hingga 26% Konflik Iran-Israel: Pendapatan Malaysia Airports dijangka terjejas hingga 26%](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713329513_maybank.jpg)
Statistik 2019 menunjukkan trafik penumpang ke dan dari Asia Barat menyumbang 7% daripada trafik penumpang antarabangsa di KLIA. - Gambar/ Dagang News
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Iran telah pamer kekuatannya kepada Israel - Ayatollah Ali Khamenei Iran telah pamer kekuatannya kepada Israel - Ayatollah Ali Khamenei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604401168_AyatollahAliKhamen.jpg)
Iran telah pamer kekuatannya kepada Israel - Ayatollah Ali Khamenei
Ayatollah Ali Khamenei puji angkatan tentera negara itu atas "kejayaan" mereka selepas Tehran melancarkan serangan ke atas Israel.
![Letupan terdengar di Isfahan, Iran - Laporan Letupan terdengar di Isfahan, Iran - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713070289_Iran.jpg)
Letupan terdengar di Isfahan, Iran - Laporan
Satu letupan kedengaran di barat laut bandar Isfahan di Iran, lapor agensi berita FARS yang memetik sumber tempatan.
![14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel 14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713393495_Emergencyservices.jpg)
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
![Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699224770_TBNetanyahu.jpg)
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
![Konflik Iran-Israel: Dasar luar negara tidak jelas gugat kestabilan geopolitik Konflik Iran-Israel: Dasar luar negara tidak jelas gugat kestabilan geopolitik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713308068_WacanaSinar.jpg)
Konflik Iran-Israel: Dasar luar negara tidak jelas gugat kestabilan geopolitik
Kajian mendapati, undang-undang yang terlalu rapuh mengakibatkan pencerobohan kuasa luar boleh berlaku dengan mudah.
![Kabinet Perang Israel tangguh mesyuarat ketiga mengenai serangan Iran Kabinet Perang Israel tangguh mesyuarat ketiga mengenai serangan Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713223071_antimissile.jpg)
Kabinet Perang Israel tangguh mesyuarat ketiga mengenai serangan Iran
Sesi Kabinet Perang yang dijadualkan pada Selasa telah ditangguhkan sehingga Rabu, tanpa sebarang alasan diberikan.
![Keluarga pelajar Sabah di Asia Barat diminta bertenang Keluarga pelajar Sabah di Asia Barat diminta bertenang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658385660_DatukMohdArifinMo.jpg)
Keluarga pelajar Sabah di Asia Barat diminta bertenang
Wisma Putra dan Kementerian Pendidikan Tinggi sedang memantau keadaan itu di Mesir dan Jordan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan situasi tersebut.
![Konflik Iran-Israel: Persiapan musim haji 2024 diteruskan setakat ini - Mohd Na'im Konflik Iran-Israel: Persiapan musim haji 2024 diteruskan setakat ini - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701789141_TBMohdNaimMokhtar.jpg)
Konflik Iran-Israel: Persiapan musim haji 2024 diteruskan setakat ini - Mohd Na'im
Tabung Haji (TH) setakat ini masih meneruskan persiapan bagi musim Haji 2024 seperti yang dirancang susulan ketegangan yang memuncak di Asia Barat.