BISNES
KOPEMA terima anugerah penghargaan, iktiraf peranan pembangunan ekonomi
EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor, Datuk Rizam Izam Ismail (tengah) menyempurnakan majlis anugerah yang berlangsung di Klang pada Selasa - Foto/KOPEMA
KUALA LUMPUR: Koperasi PEKEMA Berhad (KOPEMA), entiti koperasi di bawah Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), menerima Anugerah Peningkatan Kluster Koperasi Mikro ke Sederhana Negeri Selangor 2025 sebagai pengiktirafan terhadap peranan dan pencapaiannya dalam pembangunan ekonomi berasaskan koperasi.
Pengerusi KOPEMA, Datuk Zainuddin Abd Rahman berkata anugerah tersebut menandakan satu pencapaian penting sebagai koperasi yang progresif dan berwibawa dalam memperkasa anggota melalui model koperasi yang mampan, berdaya tahan serta memberi manfaat ekonomi dan pembangunan komuniti ahli.
Beliau juga menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai hasil usaha kolektif dan sokongan padu semua pihak.
"Anugerah ini merupakan satu penghormatan besar kepada KOPEMA dan seluruh warga PEKEMA.
"Ia membuktikan bahawa pendekatan koperasi yang berteraskan tadbir urus baik, ketelusan dan kebajikan ahli mampu menghasilkan impak yang signifikan.
"Pengiktirafan ini juga menjadi pemangkin semangat untuk kami terus memperkukuh peranan koperasi sebagai platform pemerkasaan ekonomi ahli secara berstruktur dan berdaya tahan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Majlis penganugerahan berkenaan telah disempurnakan oleh Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor, Datuk Rizam Izam Ismail, yang turut dihadiri barisan kepimpinan gerakan koperasi.
Sementara itu, PEKEMA dalam kenyataan sama percaya pengiktirafan tersebut akan terus mengukuhkan peranan koperasi sebagai rakan strategik kepada persatuan dalam memperluas peluang ekonomi, meningkatkan kebajikan ahli serta menyumbang kepada pertumbuhan industri automotif negara.
Dalam pada itu, Rizam ketika berucap menegaskan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasa gerakan koperasi sebagai instrumen strategik pembangunan sosioekonomi rakyat.
Menurut beliau, majlis berkenaan bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya simbol penghargaan kerajaan negeri kepada individu dan organisasi koperasi yang telah menyumbang bakti bagi memastikan koperasi kekal relevan, berdaya saing dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
"Gerakan koperasi yang telah bertapak sejak tahun 1922 merupakan antara tonggak penting pembangunan sosioekonomi negara.
"Kejayaannya tidak seharusnya diukur semata-mata melalui keuntungan, sebaliknya melalui manfaat yang dapat dikongsi bersama oleh para anggota," ujarnya.