awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
Personaliti TV Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koperasi Permodalan Felda Malaysia 2 kini pemegang saham utama TAFI Industries

Dagang News
Dagang News
03/12/2021
02:00 MYT
Koperasi Permodalan Felda Malaysia 2 kini pemegang saham utama TAFI Industries
Pelaburan dalam TAFI adalah undi keyakinan terhadap prospek jangka panjang perniagaan pembangunan perabot dan hartanah kumpulan. - Foto DagangNews.com
KUALA LUMPUR: Koperasi Permodalan Felda Malaysia 2 Bhd (KPF2) kini menjadi pemegang saham utama TAFI Industries Bhd. apabila ia meningkatkan pegangan kepada 12,647,570 saham.
Pada jumlah itu, ia mewakili 10.205% daripada modal saham TAFI tidak termasuk saham perbendaharaan, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Khamis.
KPF2 memperoleh saham tersebut daripada Armani Synergy Sdn. Bhd. menerusi transaksi perniagaan secara langsung.
Bagaimanapun, Armani Synergy masih kekal sebagai pemegang saham TAFI menerusi pegangan sebanyak 64,861,430 saham yang mewakili 52.335% daripada modal saham TAFI tidak termasuk saham perbendaharaan.
Pengarah Urusan Kumpulan TAFI, Datuk Seri Azlan Azmi berkata, pelaburan dalam TAFI oleh pelabur institusi seperti KPF2 adalah undi keyakinan terhadap prospek jangka panjang perniagaan pembangunan perabot dan hartanah kumpulan.
"Oleh itu, kami akan berusaha untuk menyampaikan pulangan terbaik kepada pemegang kepentingan dan pelabur.
"Kami yakin dengan membawa masuk KPF2 sebagai pemegang saham utama akan meningkatkan sinergi kumpulan kerana membolehkan TAFI memasarkan produk perabot dan hartanah kepada ahli-ahli KPF2," katanya.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Koperasi Permodalan Felda Malaysia 2 Bhd
#KPF2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan