Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) tidak bercadang untuk mewujudkan jenama khas, 'i-Keep', untuk barangan di bawah program Kedai Ekonomi Pengguna (i-KeeP)

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Chong Chieng Jen bagaimanapun berkata ia terpulang kepada peniaga untuk berunding dengan pengilang bagi mewujudkan jenama itu melalui ejen yang dilantik, Visi Anugerah Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

"Setakat ini terdapat lebih 400 pasar mini dan kedai serbaneka menyertai program ini melalui kerjasama enam rakan strategik syarikat peruncitan yang berkaliber, berpengalaman dan berkeupayaan modal kewangan," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di sini.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung Isnin.

-- BERNAMA