KPJ akan buka hospital pakar di Batu Pahat

Bernama
Oktober 17, 2016 14:43 MYT
PJ Healthcare Berhad, pengendali hospital swasta terbesar di Malaysia memperluaskan perkhidmatannya melalui pembukaan Hospital Pakar Pasir Gudang (Pasir Gudang Specialist Hospital) di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang pada 20 Mei lalu. - Foto Bernama
Puteri Specialist Hospital (Johor) Sdn Bhd, anak syarikat KPJ Healthcare Bhd merancang membuka sebuah hospital pakar di Batu Pahat, Johor, yang menelan kos RM67.6 juta.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, KPJ berkata Puteri Specialist memeterai Perjanjian Pajakan dengan Johor Land Bhd dan Johor Corp bagi cadangan pembangunan dan pajakan sebuah bangunan hospital.
Di bawah perjanjian itu, Johor Land akan membina cadangan hospital itu dengan kos dan perbelanjaan sendiri mengikut spesifikasi yang disediakan Puteri Specialist.
Johor Corp ialah pemilik berdaftar tanah tersebut.
KPJ berkata hospital tujuh tingkat baharu itu yang akan dikenali sebagai KPJ Batu Pahat Specialist Hospital, akan mempunyai 90 katil.
"Cadangan itu sejajar dengan objektif kumpulan untuk meningkatkan rangkaian hospitalnya memandangkan penjagaan kesihatan swasta semakin mendapat permintaan," kata syarikat itu. - BERNAMA
#Johor Land #KPJ #KPJ Healthcare Bhd #Puteri Specialist Hospital (Johor) Sdn Bhd