KUALA LUMPUR:Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bercadang untuk membuka pejabat Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) di Jeddah, Arab Saudi bagi memperluas pasaran minyak sawit Malaysia ke benua Afrika dan Timur Tengah.
Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata pejabat MPOC di Jeddah akan dijadikan hab pemasaran memandangkan ada permintaan baharu dari Kenya, Ethiopia serta negara-negara Timur Tengah.
"Saya telah membuat perbincangan dengan kedutaan Arab Saudi sebelum ini (berkenaan cadangan tersebut)...maka untuk itu, kita perlu menguar-uarkan kebaikan serta kelebihan minyak sawit Malaysia supaya semua pihak dapat mengetahui kualiti premium sawit kita," katanya ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara bagi mengupas tajuk 'Sawit Anugerah Tuhan' yang disiarkan Bernama TV malam ini.
Beliau berkata pada masa sama, terdapat peningkatan permintaan minyak sawit dari Arab Saudi bagi tujuan penghasilan pensanitasi tangan dan sabun dalam tempoh penularan pandemik COVID-19.
Industri sawit mempunyai masa depan yang sangat cerah memandangkan komoditi itu bukan sahaja digunakan sebagai minyak masak malah dalam industri farmaseutikal di dalam dan luar negara, katanya.
Mohd Khairuddin berkata justeru, KPPK akan melancarkan kempen maya bertemakan 'Sawit Anugerah Tuhan' pada 10 Feb untuk mempromosikan kemampanan industri minyak sawit Malaysia di dalam dan luar negara dengan menggunakan elemen pendidikan melalui media sosial, tarikan visual dan nilai estetika.
Kempen itu akan berlangsung di FB Live MPOC dan laman sesawang www.sawit.com.my.
"Kempen ini juga bertujuan menangkis kempen-kempen anti-minyak sawit yang bertujuan memburuk-burukkan imej minyak sawit serta menggugat tanggapan umum mengenainya," katanya.
Beliau berkata industri minyak sawit telah menyumbang RM72.8 bilion kepada pendapatan negara melalui eksport minyak sawit dan produk berasaskannya ke pasaran antarabangsa pada tahun lepas.
"Jumlah ini jauh lebih tinggi, iaitu kira-kira 14.18 peratus lebih tinggi berbanding dengan RM63.73 bilion yang dicatatkan pada 2019," katanya.
Mengenai isu diskriminasi terhadap minyak sawit oleh negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat, beliau berkata Malaysia telah memohon konsultasi melalui Mekanisme Penyelesaian Pertikaian dan membawa EU ke meja pengadilan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
"Kita telah mengemukakan kes pada 15 Jan, 2021 manakala Indonesia juga melakukan langkah tersebut lebih awal pada 2019.
"Kita telah membawa isu ini kepada WTO dan menunggu mesyuarat di Geneva yang akan berlangsung pada April ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 09 2021

Mohd Khairudin berkata industri minyak sawit telah menyumbang RM72.8 bilion kepada pendapatan negara melalui eksport minyak sawit dan produk berasaskannya ke pasaran antarabangsa pada tahun lepas. - Gambar fail

Arahan Sekatan | Turki kenakan sekatan separa penuh
Turki mengenakan arahan sekatan separa di negara itu, untuk tempoh beberapa minggu pertama dalam bulan Ramadan. Keputusan itu dibuat Presidennya, Recep Tayyip Erdogan dalam satu siaran televisyen setelah negara itu mencatatkan peningkatan kes COVID-19.

COVID-19 | Penduduk singapura boleh pilih vaksin
Penduduk di Singapura dibenarkan memilih jenis vaksin COVID-19 untuk diterima serta pusat vaksinasi menerusi sistem tempahan janji temu. Setiap pusat hanya akan membekalkan dan memberi satu jenis vaksin - sama ada Moderna atau Pfizer-Biontech.

Vaksinasi COVID-19 | Skuad Harimau Malaya divaksin bermula Isnin depan
Skuad bola sepak kebangsaan bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe, boleh menarik nafas lega apabila sah akan menerima suntikan vaksin COVID-19 Isnin depan. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, 78 individu terdiri daripada pemain dan pegawai termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dijangka menerima suntikan dos pertama COVID-19 di Dewan Seri Seroja di Putrajaya.

COVID-19 | 4 kawasan di Sabah, Pahang dikenakan PKPD
Sementara itu empat lagi kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu satu di Sabah dan tiga di Pahang. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kawasan terbabit ialah Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota Belud Serta Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi di Muadzam Shah, Rompin.

Bazar Ramadan | Muhyiddin ingatkan pengunjung patuh SOP
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pengunjung bazar Ramadan di seluruh negara agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak daripada jangkitan COVID-19. Pesan Perdana Menteri, keadaan COVID-19 belum reda dan semua pihak perlu berhati-hati untuk menjaga keselamatan diri dan orang di sekeliling.

Buang Bayi | Bayi ditemui di luar pintu hospital swasta
Seorang bayi perempuan dipercayai berusia kira-kira 14 hari ditemui ditinggalkan di luar pintu sebuah hospital swasta di Jalan Abdul Samad, Johor Bahru malam Selasa. Bayi itu ditemui seorang penyambut tetamu yang bertugas di lobi hospital berkenaan pada jam 8.45 malam.

CEO Toshiba, Nobuaki Kurumatani umum letak jawatan
Kedudukannya itu akan digantikan Satoshi Tsunakawa, yang dilihat lebih meyakinkan dan mempunyai hubungan lebih baik dengan kalangan pelabur.

Kes Pukul | Dua 'bodyguard' dipukul kerana berpuasa
Hanya kerana berpuasa di bulan Ramadan, dua lelaki yang bertugas sebagai pengawal peribadi dipukul sehingga cedera, selain menerima ugutan bunuh. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, ia berlaku di sebuah kondominium, Jalan Pinang, ibu negara, pada Selasa.

Air Kosong | KPDNHEP nafi tetapkan harga RM1 segelas
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, pemeriksaan Ops Catut 8.0 (air kosong) diadakan sejak 7 April lalu adalah hanya untuk mendapatkan maklumat berhubung harga kos dan harga jualan air kosong.

10 Berita Pilihan - (14 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

KPPK cadang buka pejabat MPOC di Arab Saudi bagi perluas pasaran
Pejabat MPOC di Jeddah akan dijadikan hab pemasaran memandangkan ada permintaan baharu dari Kenya, Ethiopia serta negara-negara Timur Tengah.

KPPK pandang serius syarikat tidak endah kebajikan pekerja - Khairuddin
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memandang serius terhadap insiden yang berlaku ke atas kebajikan pekerja asing di sebuah kilang sarung tangan getah baru baru ini.

KPPK akan kemuka laporan bagi elak sekatan ke atas produk agrikomoditi negara
KPPK akan mengemukakan laporan akhir kajian menyeluruh situasi buruh sektor perladangan sawit Malaysia kepada Jabatan Buruh Amerika Syarikat.