Skip to main content

Bisnes

Krisis RAM akan berterusan pada 2027, pengeluar hanya mampu penuhi 60% permintaan

Sumber: AMANZ
Samsung LPDDR5X DRAM. - Foto Amanz

KRISIS RAM diramalkan berterusan sehingga tahun 2027 menurut laporan Nikkei Asia.

Pengeluar RAM global mengatakan mereka hanya mampu memenuhi 60% permintaan RAM pelanggan pada tahun depan menyebabkan harga memori akan terus tinggi.

Advertisement


Permintaan untuk RAM oleh sektor kecerdasan buatan (AI) masih meningkat walaupun wujud beberapa ramalan gelembung ini akan meletup.

Harga akan terus kekal tinggi dengan ia tidak dibantu oleh krisis Asia Barat yang menyebabkan kos untuk tenaga serta bahan mentah juga meningkat.

Lebih merisaukan bagi pengguna biasa, laporan meramalkan permintaan dan pengeluaran hanya akan kembali normal pada tahun 2028.

Harga peranti baharu dan lama mula dinaikkan disebabkan krisis RAM global.

Kita telah melihat harga PlayStation 4, Microsoft Surface, Meta Quest 3, Lenovo Legion 2 dan beberapa model lama Samsung dinaikkan sejak empat minggu kebelakangan ini.

Sementara itu harga model telefon pintar baharu pula sehingga RM600 lebih mahal berbanding model tahun lalu.

Must Watch Video