awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Rusia-Ukraine beri ruang promosi minyak sawit Malaysia di peringkat global - Zuraida

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
06/04/2022
13:24 MYT
Krisis Rusia-Ukraine beri ruang promosi minyak sawit Malaysia di peringkat global - Zuraida
Zuraida berkata, Amerika Syarikat ketika ini masih lagi mengenakan sekatan terhadap minyak sawit Malaysia. - Gambar/ Astro AWANI
KLANG: Krisis Rusia-Ukraine yang dihadapi ketika ini memberikan ruang untuk Malaysia kembali mempromosi dan mengetengahkan penggunaan minyak sawit di peringkat global.
Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, krisis itu menyebabkan berlakunya kekangan bekalan minyak masak dunia.
“Alhamdulillah, jelajah kita di peringkat global mendapat respons yang baik. Apatah lagi kebelakangan ini peperangan Rusia dan Ukraine telah mengakibatkan eksport minyak masak yang menjadi persaingan kita banyak yang telah disekat.
“Oleh kerana itu terdapat kekurangan bekalan terhadap minyak tersebut. Jadi, negara-negara Eropah yang telah membuat tuduhan-tuduhan kepada sawit kita nak tak nak terpaksa berpatah balik dan mula menggunakan minyak sawit kita,” jelasnya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Perdana Jelajah Mari Kenali Sawit di Klang hari ini.
Bagaimanapun jelasnya Amerika Syarikat masih lagi mengenakan sekatan terhadap minyak sawit Malaysia.
Namun katanya perbincangan dengan negara tersebut masih dilakukan untuk memberi penjelasan sebenar mengenai minyat sawit bagi membolehkan ia boleh dieksport ke sana.
“Masih lagi (dikenakan sekatan)... cuma kita tengah berbincang dengan mereka dan kita sudah bertemu dengan duta mereka di Malaysia dan juga wakil duta negara Eropah di Malaysia.
“Kita dapat cakap dengan wakil dari Amerika Syarikat. Kita tengah menunggu tarikh untuk kita ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan mereka ini untuk menerangkan fahaman mereka yang berbeza dengan kita,” jelasnya lagi.
Tambahnya sudah tiba masanya Malaysia memberikan penerangan serta pemahaman terhadap pengurusan sebenar industri sawit di Malaysia bagi merungkai salah faham yang dihadapi oleh negara Barat dan Eropah.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#kelapa sawit
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan