Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar, yang berkuat kuasa mulai 1 Jun, 2018 akan membolehkan rakyat, terutamanya kumpulan berpendapatan sederhana, mendapat semula kuasa beli mereka dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
Presiden Persatuan Rangkaian Usahawan India Malaysia (1MINE) Datuk S. Gopinath, yang menyambut baik langkah tersebut, berkata pengumuman daripada Kementerian Kewangan mengenai kadar sifar itu tepat pada masanya berikutan rakyat perlu menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
"GST pada kadar sifar adalah baik dan kita mempunyai ahli ekonomi seperti bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang menyatakan ekonomi kita boleh meningkat tanpa hasil daripada cukai ini," katanya kepada Bernama pada Rabu.
Gopinath berkata semasa GST mula diperkenalkan pada 1 April, 2015, rakyat diberi jaminan bahawa ia akan mengurangkan harga dan kos operasi perniagaan, terutamanya bagi pengeluar.
"Bagaimanapun, tiada janji yang menjadi kenyataan dan rakyat mula menerima kesan daripada kenaikan harga yang mendadak termasuk harga makanan yang terlalu tinggi.
"Pengurangan subsidi bersama pelaksanaan GST telah menjadikan kehidupan kita sukar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 16 2018
Pengurangan subsidi bersama pelaksanaan GST telah menjadikan kehidupan kita sukar. - Gambar hiasan
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
1MINE mahu kerajaan salur dana
Presidennya, Datuk S. Gopinath berkata selama ini semua latihan dan seminar bagi ahli 1MINE diadakan di ibu pejabat di sini, berikutan kekurangan sumber.
Kuasa beli akan meningkat dengan GST pada kadar sifar
Pengumuman daripada Kementerian Kewangan mengenai kadar sifar itu tepat pada masanya berikutan rakyat perlu menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.