awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KUSKOP perkenal program SWEET, sektor francais bagi usahawan wanita

Bernama
Bernama
08/03/2023
23:00 MYT
KUSKOP perkenal program SWEET, sektor francais bagi usahawan wanita
Ewon (kanan) ketika hadir pada sesi rakaman program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Facebook KUSKOP
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan memperkenalkan program khas kepada usahawan wanita yang berminat untuk melibatkan diri dalam sektor francais.
Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata program yang dinamakan Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent (SWEET) itu ialah program di bawah Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).
"Baru-baru ini, Pernas telah mengadakan Business In Transformation (BIT) Expo 2023 di Shah Alam yang melibatkan 62 usahawan francais dan saya kagum ia didominasi oleh usahawan wanita.
"Saya mengalu-alukan mereka (usahawan wanita) yang berminat untuk berkunjung di Pernas bagi mendapatkan maklumat atau menerusi dalam talian melalui platform MyAssist MSME," katanya pada sesi rakaman program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, pada Rabu.
Sebelum ini media melaporkan, KUSKOP telah memperuntukkan RM50 juta bagi memperkasakan usahawan francais menerusi pelbagai skim pembiayaan di bawah Pernas.
Ewon pada masa sama turut menzahirkan penghargaan kepada usahawan wanita yang melaksanakan pembayaran pinjaman tanpa gagal kepada agensi yang sekali gus memberi peluang kepada usahawan baharu untuk menceburi perkhidmatan berkenaan.
"Saya menghargai semua usahawan wanita yang telah membuat pinjaman di semua agensi kita yang lain, mereka merupakan pembayar yang sangat baik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sweet
#Usahawan wanita
#sektor francais
#Pernas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan