awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWAP bukan lagi pemegang saham utama Maybank

Dagang News
Dagang News
02/10/2021
00:46 MYT
KWAP bukan lagi pemegang saham utama Maybank
KWAP bukan lagi pemegang saham utama Malayan Banking Berhad (Maybank). -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP bukan lagi pemegang saham utama Malayan Banking Berhad (Maybank).
Ini selepas institusi tersebut melupuskan 1 juta saham biasa Maybank di pasaran terbuka semalam, menurut makluman Maybank kepada Bursa Malaysia, hari ini.
Menurut laman web Maybank, KWAP memegang 4.59% kepentingan ekuiti atau mewakili 537.3 juta saham Maybank setakat 30 Jun 2021.
Menerusi data sama, AmanahRaya Trustees Berhad merupakan pemegang saham Maybank yang terbesar dengan pemilikan 34.87% kepentingan ekuiti atau 4.1 bilion saham.
Setakat laporan ditulis, AmanahRaya Trustees turut melupuskan 2.16 juta saham biasa Maybank, dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebaliknya membeli 600,000 saham bank itu.
Maybank mula diasaskan pada tahun 1960 dan kini merupakan syarikat tersenarai terbesar di Bursa Malaysia dari segi permodalan pasaran.
Pada penutupan dagangan petang ini, harga saham Maybank ditutup tidak berubah pada kadar RM8.05 dengan nilai pasaran mencecah RM94.13 bilion.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Maybank
#KWAP
#Bursa Malaysia
#pemegang saham utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan