BISNES
KWSP berada di landasan bagi agihan dividen lebih tinggi - Penganalisis
KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.99 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2025, peningkatan 11 peratus daripada RM57.57 bilion dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada di landasan untuk mengagihkan dividen yang lebih tinggi kepada kalangan ahlinya apabila merekodkan pertumbuhan dua digit dari segi pendapatan pelaburan, kata ahli ekonomi.
Ringkasan AI
KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.99 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2025, peningkatan 11 peratus daripada RM57.57 bilion dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.
Jumlah pendapatan pelaburan bagi suku ketiga 2025 berjumlah RM25.07 bilion, mewakili kenaikan 27 peratus daripada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024.
Ekuiti kekal sebagai penyumbang terbesar kepada pendapatan pelaburan pada suku ketiga 2025, menyumbang RM16.95 bilion atau 68 peratus kepada jumlah pendapatan pelaburan itu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pertumbuhan pendapatan pelaburan itu menunjukkan strategi pelaburan KWSP khususnya pempelbagaian kelas aset dan pendedahan geografi.
"Berasaskan pendapatan pelaburan yang lebih baik itu, KWSP boleh memanfaatkan ketidaktentuan pasaran dengan berkesan.
"Ini memerlukan kemahiran dan disiplin memandangkan kejutan pasaran pada awal April 2025 akibat tarif "Hari Pembebasan" yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) dengan mudah boleh mengubah minat risiko kepada strategi defensif," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata masa dan kualiti keputusan pelaburan KWSP berperanan penting dalam menentukan nilai pelaburan.
"Perkara itu juga menunjukkan KWSP mendapat nasihat yang baik daripada penyelidikan pelaburan dan pengurus dananya yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman," katanya.
Mohd Afzanizam berkata bagaimanapun, risiko negatif dalam pelaburan adalah masih jelas bagi KWSP, terutama penilaian saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) kerana pembetulan harga boleh menjejaskan prestasi pelaburan global.
"Selain itu, tempoh bagi pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS pada Disember 2025 kekal sebagai risiko negatif bagi KWSP.
"Jadi prestasi suku keempat akan menjadi faktor utama yang menentukan kadar dividen yang boleh diumumkan tahun depan," katanya.
Pada 1 Mac, 2025, KWSP mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah bayaran RM63.05 bilion manakala 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah dengan bayaran berjumlah RM10.19 bilion.
Perkara itu menjadikan jumlah keseluruhan bayaran dividen bagi 2024 adalah RM73.24 bilion, yang memberikan manfaat kepada lebih 16 juta ahli.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KWSP merekodkan pertumbuhan pendapatan pelaburan sebanyak RM63.99 bilion bagi tempoh sembilan bulan hingga 30 Sept 2025, peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
- Ekuiti kekal sebagai penyumbang terbesar kepada pendapatan pelaburan pada suku ketiga 2025, menyumbang RM16.95 bilion atau 68 peratus kepada jumlah pendapatan pelaburan itu.
- Risiko negatif dalam pelaburan masih jelas bagi KWSP, terutama berkaitan dengan penilaian saham AI dan pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan AS, yang akan menentukan kadar dividen pada tahun depan.