Skip to main content

Bisnes

KWSP muncul sebagai pemegang saham utama dalam Eco-Shop

--fotoBERNAMA
--fotoBERNAMA

Advertisement

KUALA LUMPUR: Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) muncul sebagai pemegang saham utama dalam Eco-Shop Marketing Bhd selepas memiliki 8.68 juta saham biasa pada 27 Ogos, 2026.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat berkenaan memaklumkan kepentingan langsung dana persaraan terbesar itu kini berjumlah 296.16 juta saham biasa, yang mewakili pegangan sebanyak 5.144 peratus.

Peratusan pegangan saham itu dikira berdasarkan modal saham terbitan Eco-Shop Marketing sebanyak 5.76 bilion saham biasa setakat 27 Ogos, 2026.

-- BERNAMA

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement