LABUAN: Potensi ekonomi yang masih belum diterokai di Labuan boleh direalisasikan dengan memberi tumpuan kepada usaha menarik pelaburan dan menyelaraskan proses untuk meningkatkan ekonominya, kata Setiausaha Dewan Perniagaan Labuan (LCC), Raymund Pang.
Beliau berkata, pendekatan yang sangat berkesan untuk merealisasikan matlamat ini adalah untuk menarik pelaburan asing, menghasilkan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan, yang bukan sahaja akan merangsang pertumbuhan ekonomi tetapi juga mewujudkan tenaga kerja yang lebih mahir.
Pang berkata, untuk mengubah visi ini menjadi realiti, Labuan mesti melakukan beberapa tindakan penting, termasuk berubah kepada zon komersial atau perdagangan bebas.
"Langkah ini akan memudahkan perdagangan, menarik pelabur antarabangsa dan membantu pulau itu meniru kejayaan seperti Pulau Pinang dari segi menarik pelaburan langsung asing, penciptaan pekerjaan dan pertumbuhan eksport.
"Zon itu boleh menyokong aktiviti pengedaran, perdagangan, penggabungan, penyimpanan dan penghantaran dan Labuan juga harus meneroka peluang dalam pembungkusan semula dan penjenamaan semula produk bagi mewujudkan identiti jenama Malaysia yang unik untuk eksport," katanya.
Pada masa sama, Pang menekankan keperluan untuk menyelaraskan proses kelulusan, dengan menyatakan bahawa Labuan mempunyai sejumlah besar jabatan kerajaan, yang membawa kepada cabaran birokrasi dan kelewatan.
Beliau berkata, penubuhan pusat sehenti untuk pelabur boleh mengurangkan kerenah birokrasi dan kelewatan membuat keputusan, menjadikan pulau itu lebih mesra perniagaan.
"Pihak yang berkuasa membuat keputusan juga harus ditempatkan di Labuan untuk mengelakkan kelewatan disebabkan oleh pembuat keputusan terletak di Putrajaya," katanya.
Beliau juga menekankan tentang keperluan mendesak untuk menambah baik utiliti asas, dengan mengatakan bahawa gangguan berterusan dalam bekalan elektrik dan air telah memberi kesan negatif kepada perniagaan tempatan.
"Pelaburan dalam menggantikan paip air lama dan pembinaan ladang solar boleh menangani isu ini, memberi manfaat kepada perniagaan kecil seperti kafe dan hotel bajet," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, menjadikan Labuan sebagai hab Latihan dan Pendidikan Vokasional Teknikal boleh membantu mewujudkan tenaga kerja teknikal yang mahir untuk menyokong kilang pembuatan baharu dan industri minyak dan gas, menghasilkan peluang untuk pendapatan lebih tinggi dan menarik pekerja dari kawasan berdekatan.
Sementara itu, menambah baik ketersambungan udara dan laut, termasuk menaik taraf Lapangan Terbang Labuan dan menjadikan Pelabuhan Labuan lebih menarik kepada pemilik kapal boleh meningkatkan pelancongan dan perdagangan, kata Pang.
Pada masa sama, beliau berkata pengecualian cukai korporat dan cukai untuk ekspatriat dan eksekutif boleh menjadikan Labuan lebih menarik untuk pelaburan dan menggalakkan perbelanjaan domestik. Labuan juga harus menawarkan visa khas dan menampung keperluan ekspatriat yang pelbagai bagi mewujudkan suasana yang mesra.
"Memiliki hospital yang serba lengkap untuk kecemasan juga penting bagi menarik individu yang bernilai tinggi dan membuat ekspatriat berasa selamat.
Tambahnya, dengan mengutamakan bidang-bidang yang ditekankan itu, Labuan boleh mencapai potensi penuhnya dan membawa kemakmuran kepada rakyat. -BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023
Labuan mesti melakukan beberapa tindakan penting, termasuk berubah kepada zon komersial atau perdagangan bebas. - Foto fail/Astro AWANI
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
Bursa Malaysia ditutup tinggi akhiri penurunan enam hari, indeks komposit naik 0.29 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari.
Sektor tenaga hijau mampu tarik pelaburan langsung asing ke Malaysia
"Kerajaan harus menyedari bahawa permintaan dunia kini bergerak ke arah penyelesaian yang lebih mesra alam."
MCMC jalin kerjasama dengan tiga pihak, tangani cabaran penjagaan kesihatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalinkan kerjasama strategik dengan tiga pihak dari luar negara bagi menangani cabaran penjagaan kesihatan.
NRES giat bangunkan Dasar Mineral Negara Ketiga - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mempergiat usaha memperkukuh kawal selia bagi industri mineral menerusi kerangka Dasar Mineral Negara 3 (DMN3).
Strategi pelbagai hala kerajaan seimbangkan disiplin fiskal, pertumbuhan ekonomi - MIER
Strategi pelbagai hala oleh kerajaan memperlihatkan tumpuan kepada konsolidasi fiskal di samping menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan jaringan keselamatan sosial.
Perkongsian awam-swasta penting, pacu ekonomi digital ASEAN - CEO MDEC
Perkongsian awam-swasta (PPP) berperanan penting dalam membentuk masa depan ASEAN, khususnya untuk memacu ekonomi digital ke hadapan kerana sektor itu merupakan tulang belakang kemajuan.
Pelaburan domestik kukuh, sumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara - PM Anwar
Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh bukan semata-mata didorong oleh pelaburan langsung asing (FDI) tetapi turut disumbang oleh pelaburan domestik.
Peralihan tenaga bersih di KHTP boleh jadi teladan taman perindustrian lain
Usaha peralihan tenaga bersih yang dilaksanakan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) boleh dijadikan contoh kepada taman teknologi perindustrian di seluruh negara.
Sektor perkhidmatan kekal dominasi ekonomi Melaka - Ab Rauf
Sektor perkhidmatan kekal mendominasi ekonomi Melaka dengan menyumbang sebanyak 51.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Pertumbuhan ekonomi Malaysia mampu melebihi sasaran 5.0 peratus pada 2024 - MIER
Pertumbuhan itu akan didorong oleh kestabilan politik, asas-asas makro, aliran masuk FDI dan pelaburan yang direalisasikan.