BUKIT MERTAJAM: Ladang vanila di Taman Agro Permatang Pauh, di sini, menjadi satu-satunya ladang vanila yang menggunakan teknologi pintar di negara ini selari dengan era revolusi industri 4.0.
Ladang berkenaan diselia oleh Kairos Agriculture dan menggunakan Teknologi Agrikultur 4.0 meliputi teknologi kebendaan (IoT), kecerdasan buatan (AI), penggunaan data raya serta pembelajaran mesin dan sistem dron.
Ketua Pegawai Eksekutif Kairos Agriculture, Ezra Tan memberitahu pihaknya memaksimumkan penggunaan teknologi sebaik mungkin bagi menjimatkan penggunaan tenaga kerja dan pada masa sama meningkatkan kualiti vanila yang ditanam.
"Kami menggunakan teknologi untuk mengawal suhu ‘rumah hijau’ yang menempatkan pokok vanila ini. Di sini suasana dan tempat amat baik untuk tanaman vanila berkembang.
"Setakat ini, penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Xiamen University (Malaysia) bekerjasama dengan kami dalam membuat kajian berkaitan vanila, justeru, kami berharap dengan kajian yang dilakukan bersama ini akan membantu lebih banyak pengusaha ladang vanila untuk mendapat lebih banyak pendapatan di masa depan," katanya.
Ezra berkata demikian selepas perasmian tapak fasa kedua untuk tanaman vanila yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Antarabangsa dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain pada Sabtu.
Sebanyak 5,000 keratan batang pokok vanila telah ditanam di atas tanah seluas dua ekar (0.809 hektar) sejak 2020 malah, kebun pintar tersebut menggunakan teknologi sistem penyiraman yang akan bertindak secara automatik jika keadaan cuaca terlalu panas atau tanah terlalu kering.
Sebanyak 10,000 keratan batang lagi akan ditanam pada fasa kedua bagi memenuhi permintaan terhadap tumbuhan herba itu yang banyak digunakan dalam industri makanan terutama ais krim dan produk tenusu.
Menurut Ezra, ketika ini pihaknya memberi tumpuan kepada usaha mengeksport vanila ke Jepun dan Singapura dan sedang mengintai pasaran lebih luas termasuk ke Eropah dan Amerika Syarikat.
"Kami berharap lebih ramai pengusaha akan terlibat dalam sektor ladang vanila di Malaysia dan kita dapat bekerjasama untuk menjenamakan vanila Malaysia , jadi kita boleh meningkatkan pasaran eksport seterusnya menjadikan produk vanila dari Malaysia ini kebanggaan negara," katanya.
Kairos Agriculture yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sedia bekerjasama dengan pengusaha ladang vanila di negara ini untuk mengeluarkan produk berkualiti bagi pasaran global.
Zulfa Mohamad
Sat Aug 27 2022
Kairos Agriculture yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sedia bekerjasama dengan pengusaha ladang vanila di negara ini untuk mengeluarkan produk berkualiti bagi pasaran global.
Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
Jeffrey Kitingan, menafikan tuduhan bahawa terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, susulan penyebaran video kontroversi memaparkan tangkap layar perbualan WhatsApp di media sosial.
Impian tolak dakwaan ditaja Musa Aman, Anifah Aman
Parti Impian Sabah (Impian) yang baru ditubuhkan menafikan dakwaan ia ditaja oleh bekas ketua menteri, Musa Aman atau adiknya Anifah Aman.
Tan Sri Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Berita mengenai perkara itu mula tersebar di media sosial sejak semalam selepas dakwaan nama Musa telah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong.
Banjir kilat di beberapa kawasan di Saratok pulih
Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Saratok beransur surut dan laluan utama ke Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Budu, Ulu Kerian dan Rumah Panjang (RH) Rossita, Ulu Budu kembali dibuka kepada kenderaan.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Pantau Agenda Reformasi: NAIO | Ke arah Malaysia sebagai negara AI
Apa yang perlu dilakukan Malaysia bagi memastikan ekosistem digital dimanfaat secara berkesan dan menyeluruh susulan penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO)?
Tiga pekerja kontraktor maut terkena renjatan elektrik
Tiga pekerja kontraktor maut akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja pemasangan alat solar di bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, pagi tadi.
Ketua PBB 'sangat bimbang' dengan serangan udara Israel yang berulang di Syria
Antonio Guterres mengecam sekeras-kerasnya "pelanggaran besar-besaran terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria baru-baru ini,".
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Ladang vanila pintar manfaat teknologi pertanian 4.0
Ladang vanila di Taman Agro Permatang Pauh, satu-satunya ladang vanila yang menggunakan teknologi pintar di negara ini selari dengan era revolusi industri 4.0.