BUSINESS
Lagarde: Euro yang kuat bantu EU tangani ancaman tarif Trump
Menurut Lagarde, kira-kira 20 peratus daripada rizab pertukaran asing global kini disimpan dalam euro, manakala dolar merangkumi 58 peratus. - Gambar fail Astro AWANI/Shahir Omar
BERLIN: Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde, pada Isnin menyatakan, beliau menyokong pengukuhan nilai euro bagi membantu Kesatuan Eropah (EU) menghadapi ancaman pertikaian perdagangan dengan Amerika Syarikat.
Lagarde berkata, susunan dunia yang telah wujud selama beberapa dekad kini "berpecah-belah", ketika berucap di Sekolah Tadbir Urus Hertie di Berlin, lapor agensi berita Jerman dpa.
"Kerjasama pelbagai hala kini diganti dengan pemikiran sifar hasil dan perebutan kuasa dua hala," katanya. "Keterbukaan diganti dengan perlindungan pasaran."
Beliau turut menyatakan bahawa "peranan dominan dolar AS" kini turut dipersoalkan.
"Landskap yang berubah ini boleh membuka ruang kepada euro untuk memainkan peranan antarabangsa yang lebih besar," katanya.
Menurut Lagarde, kira-kira 20 peratus daripada rizab pertukaran asing global kini disimpan dalam euro, manakala dolar merangkumi 58 peratus.
Sejak pengumuman pakej tarif global oleh Trump, dolar mengalami tekanan dan euro kini berada pada paras tertinggi berbanding dolar sejak lebih tiga tahun lalu.
Situasi ini boleh membawa "implikasi positif", termasuk memudahkan pinjaman dalam EU, melindungi negara zon euro daripada turun naik kadar pertukaran serta memberi perlindungan lebih baik terhadap sekatan, katanya.
"Secara ringkasnya, ini akan membolehkan Eropah mengawal masa depannya dengan lebih baik," ujar Lagarde.
Bagi merebut peluang ini, katanya, Eropah perlu terus komited kepada perdagangan terbuka, mengekalkan asas ekonomi yang kukuh serta kecairan pasaran modal, dan memperkukuh asas perundangan.
Matlamat ini, tambah beliau, boleh dicapai "dengan perpaduan politik agar kita mampu menahan tekanan dari luar".
-- BERNAMA