KUALA LUMPUR: Tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan 25 mata asas (bps) dalam Kadar Dasar Semalaman kepada 2.50 peratus yang diumumkan pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini sememangnya dijangkakan berikutan peningkatan ekonomi domestik, kata penganalisis.
MIDF Research dalam nota tinjauannya berkata BNM turut menyatakan bahawa ekonomi global kekal di landasan pertumbuhan walaupun pada kadar lebih perlahan selain peningkatan dalam pasaran tenaga kerja Malaysia dengan perbelanjaan domestik terus menyokong pemulihan aktiviti ekonomi tempatan.
Bagaimanapun, cabang penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd itu berkata, BNM turut mengingatkan bahawa pertumbuhan global berdepan cabaran daripada dasar memperketat monetari di kebanyakan negara, tekanan inflasi yang kekal tinggi serta langkah-langkah pengurusan pandemik di China.
"Kami berpendapat bahawa keputusan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi itu sebagai bertepatan dengan pengembangan ekonomi domestik yang kukuh sebagaimana dipaparkan dalam data makroekonomi serta aliran inflasi asas," katanya.
MIDF juga menyifatkan tumpuan semasa penetapan dasar monetari BNM itu adalah bagi memastikan pemulihan ekonomi Malaysia yang lebih mampan dan sejajar dengan aliran kenaikan inflasi asas serta permintaan domestik yang lebih kukuh daripada jangkaan.
Berikutan itu, ia menjangkakan normalisasi dasar selanjutnya berkemungkinan besar diputuskan dalam mesyuarat MPC pada November depan.
"Kami mengunjurkan kenaikan sebanyak 25 mata asas lagi dalam mesyuarat terakhir itu bagi tahun ini. Namun, keputusan itu bergantung kepada kestabilan pertumbuhan ekonomi, kadar kenaikan harga serta peningkatan keadaan makroekonomi, terutama pemulihan berterusan pasaran tenaga kerja dan permintaan domestik.
"Daripada perspektif penggal pertengahan, normalisasi kadar dasar itu diperlukan bagi mengelak risiko yang boleh menjejaskan prospek ekonomi masa depan seperti inflasi lebih tinggi serta kenaikan baki hutang isi rumah," katanya.
Berkongsi pandangan sama, Profesor Ekonomi Universiti Sunway Dr Yeah Kim Leng berkata kenaikan ketiga BNM sebanyak 25 mata asas itu sememangnya dijangka ramai berikutan data pertumbuhan suku kedua yang kukuh selain jangkaan prestasi berterusan dalam separuh kedua 2022 di tengah-tengah peningkatan inflasi.
"Petunjuk normalisasi yang berterusan itu memaparkan pandangan bank pusat itu bahawa pertumbuhan negara kekal di landasan selain memastikan tekanan permintaan daripada berlaku secara pantas dan mendorong inflasi," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Profesor Madya Putra Business School Ahmed Razman Abdul Latiff memberitahu Bernama, BNM akan terus menggunakan kenaikan OPR untuk mengekang inflasi dan menjangkakan langkah sedemikian akan berterusan sehingga tahun depan.
"Ini berikutan kadar OPR semasa masih rendah iaitu pada 2.50 peratus berbanding sebelum pandemik iaitu 3.25 peratus. Selagi OPR kekal rendah, ini tidak berkesan dalam usaha mengawal kadar inflasi tersebut," katanya.
Beliau berkata, pada masa ini, subsidi yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan, termasuk produk keperluan asas dan perkhidmatan terpilih mencecah hampir RM80 bilion tahun ini yang dilihat sebagai kaedah lebih berkesan bagi memastikan inflasi kekal rendah.
"Bagi jangka panjang, tumpuan sepatutnya kepada usaha memacu pengeluaran domestik untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 08 2022
Pertumbuhan global dijangka berdepan cabaran daripada dasar memperketat monetari di kebanyakan negara, tekanan inflasi yang kekal tinggi serta langkah-langkah pengurusan pandemik di China.- Gambar hiasan
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
AWANI Borneo [25/04/2024] - Istiadat ketenteraan | DUN Sabah | Ringankan beban pelajar B40
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Bank Islam berjaya kurangkan impak OPR pada 2023
Bank Islam Malaysia Bhd berjaya mengurangkan impak OPR yang tidak berubah seterusnya membawa kepada NIM yang bertambah baik pada tahun lepas.
AmBank Group kekalkan unjuran KDNK pada 4.5 peratus tahun ini
AmBank percaya pemulihan secara statistik memainkan peranan, dengan penggunaan swasta dan eksport bersih dijangka meningkat pada 2024.
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka pada 2.5 peratus tahun ini - Bank Dunia
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka menyederhana kepada sekitar 2.5 peratus pada 2024, mencerminkan keadaan kos dan permintaan yang stabil.
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
BNM dijangka kekalkan OPR tidak berubah sepanjang 2024 - BMI
BMI berkata terdapat dua alasan yang menyokong pandangannya bahawa BNM akan mengekalkan kadar pada mesyuarat seterusnya pada 9 Mei 2024.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7025/7080 berbanding dolar AS daripada 4.7295/7350 semasa ditutup pada Rabu.
Kadar OPR kekal 3 peratus, BNM mahu dasar monetari kekal kondusif
MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS menjelang pengumuman OPR
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7145/7190 daripada 4.7295/7350 yang dicatat semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS menjelang pengumuman OPR
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7200/7250 berbanding dolar AS daripada 4.7440/7480 semasa ditutup pada Jumaat.
Ringgit dijangka cecah 4.20-4.40 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini
Ringgit dijangka mencecah paras 4.20-4.40 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini memandangkan kemungkinan besar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) akan menurunkan kadar faedahnya.