awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
Lelaki Nigeria campak cucu dari tingkat tiga dihukum gantung sampai mati
Dewan Perwakilan AS luluskan RUU lanjutkan subsidi penjagaan kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkah korporat diteruskan walaupun Bursa Malaysia tolak permohonan lanjutan masa - Capital A

Bernama
Bernama
08/01/2026
14:00 MYT
Langkah korporat diteruskan walaupun Bursa Malaysia tolak permohonan lanjutan masa - Capital A
Syarikat penerbangan itu berkata tiada perubahan pada strategi kumpulan, dan satu-satunya kesan adalah semakan semula pada garis masa penyelesaian tersebut. - Gambar fail/capitala.airasia.com
KUALA LUMPUR: Capital A Bhd menjelaskan bahawa keputusan Bursa Malaysia Securities Bhd untuk tidak meluluskan permohonannya bagi lanjutan masa untuk menyelesaikan pengagihan saham tidak mempunyai kesan material terhadap pelaksanaan korporat kumpulan yang sedang berjalan.

Ringkasan AI
  • Keputusan Bursa Malaysia Securities Bhd menolak permohonan lanjutan masa oleh Capital A Bhd untuk pengagihan saham tidak memberi kesan material terhadap korporat kumpulan yang sedang berjalan.
  • Tiada perubahan strategi kumpulan dilaporkan, hanya semakan semula garis masa penyelesaian pengagihan saham tersebut.
  • Saham akan diperuntukkan dan dikeluarkan oleh AirAsia X Bhd (AAX) serentak dengan saham penempatan persendirian AAX, setelah Bursa Securities memberi kelulusan untuk lanjutan penempatan persendirian sebelum 19 Januari, 2026.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata tiada perubahan pada strategi kumpulan, dan satu-satunya kesan adalah semakan semula pada garis masa penyelesaian tersebut.
Saham tersebut akan diperuntukkan dan dikeluarkan oleh AirAsia X Bhd (AAX) serentak dengan saham penempatan dikeluarkan dalam penempatan persendirian AAX.
"Pengagihan kekal tertakluk kepada penyelesaian penempatan persendirian oleh AAX kerana saham AAX baharu mesti dikeluarkan sebelum ia boleh diagihkan kepada pemegang saham Capital A yang berhak.
"Susulan kelulusan diberikan oleh Bursa Securities kepada AAX untuk lanjutan bagi menyelesaikan penempatan persendiriannya menjelang 19 Januari, 2026, garis masa Capital A akan diselaraskan dengan sewajarnya. Selepas diterbitkan, saham AAX baharu akan diperuntukkan kepada pemegang saham Capital A seperti dirancang," katanya.
Pemfailan itu berkata Capital A telah mengumumkan tarikh kelayakan, iaitu 3 Disember, 2025, berdasarkan andaian bahawa terdapat masa yang mencukupi untuk pelabur dikenal pasti menyediakan dokumentas diperlukan.
"Pada masa pengumuman tarikh kelayakan, tiada petunjuk menunjukkan bahawa pelabur dikenal pasti akan gagal memenuhi tarikh akhir ditetapkan oleh AAX.
"Adalah munasabah untuk menjangkakan bahawa penempatan persendirian AAX akan diselesaikan dalam tempoh masa diluluskan, iaitu menjelang 31 Disember, 2025, selaras dengan tarikh sasaran penyelesaian AAX," katanya.
Syarikat itu juga berkata pengumuman tarikh kelayakan adalah langkah yang perlu untuk membolehkan Capital A mengemukakan permohonan tambahan kepada mahkamah tinggi untuk perintah sampingan di bawah Seksyen 116 Akta Syarikat 2016.
"Permohonan ini berkaitan dengan pengurangan modal saham terbitan syarikat selaras dengan pengagihan berjumlah kira-kira RM2.7 bilion, berdasarkan harga pasaran penutup saham AAX sebanyak RM1.62 pada tarikh kelayakan (perintah mahkamah tambahan)," katanya.
Kuantum pengurangan modal hanya boleh ditentukan dengan merujuk kepada harga pasaran penutupan saham AAX pada tarikh kelayakan.
"Oleh itu, permohonan untuk perintah mahkamah tambahan tidak boleh dibuat sehingga tarikh kelayakan diumumkan.
"Justeru, tarikh kelayakan telah dirancang dengan teliti untuk menyediakan penampan mencukupi untuk Capital A mendapatkan perintah mahkamah tambahan," kata Capital A.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Airasia X
#Bursa Malaysia
#Mahkamah Tinggi
#Capital A
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan