SEREMBAN: Langkah Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) sebagai peneraju awal industri peruncitan tempatan berasimilasi dengan perubahan dalam era pendigitalan ekonomi merupakan suatu usaha terpuji dan wajar dicontohi syarikat-syarikat lain, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata MYDIN yang telah 66 tahun bertapak dalam industri peruncitan melakukan anjakan paradigma yang harus diikuti syarikat-syarikat lain supaya mereka kekal kompetitif dalam industri perniagaan.
"MYDIN diakui aktif menyantuni masyarakat dengan jualan barangan pada harga kompetitif dan berpatutan. Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada rakan-rakan strategik kempen ini yang turut menawarkan diskaun istimewa untuk semua pelanggan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Semarak Gemilang Malaysia MADANI OHMYDIN! yang dihadiri Pengarah Urusan MYDIN Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), Datuk Dr Ameer Ali Mydin di sini pada Khamis.
Fahmi berkata Ulang Tahun MYDIN ke-66 itu juga mempunyai persamaan unik dengan Hari Kemerdekaan negara dan menjadikan MYDIN lebih dekat di hati rakyat Malaysia.
Dalam pada itu Fahmi menyarankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti isu kelajuan Internet di semua bangunan MYDIN termasuk Sabah dan Sarawak supaya dapat diselesaikan.
"Saya juga ambil maklum kelajuan Internet di bangunan ini (MYDIN Seremban 2) adalah 146mbps (megabait sesaat)...jadi kita perlu teliti, sebab capaian Internet sudah 5G. Kalau boleh perkara ini diberi penekanan," katanya.
Dalam pada itu Ameer berkata walaupun MYDIN mencecah 66 tahun, namun syarikat itu bergerak seiring dengan era pendigitalan untuk kekal relevan dan kompetitif dalam industri peruncitan.
"MYDIN Online memberi kemudahan kepada masyarakat khususnya pelanggan setia kami mendapatkan barangan keperluan secara dalam talian," katanya.
Selain itu MYDIN turut menjalin kerjasama dengan rakan e-dagang terkemuka dan telah beralih ke platform baharu yang lebih inovatif iaitu "TikTok Shop"
Katanya MYDIN meneruskan kolaborasi dengan platform pembayaran digital serta rakan e-dompet bagi menggalakkan rakyat menggunakan aplikasi teknologi digital ketika membeli-belah seperti Boost, MBSB Bank E-Wallet, MCash, WavPay dan Zapp.
Kempen OHMYDIN! Meriah Bersama, menawarkan pelbagai tawaran penjimatan hebat, termasuk penganjuran peraduan melibatkan pelbagai rakan e-dompet dan menawarkan ganjaran bernilai RM6.6 juta bermula hari ini sehingga 31 Oktober.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023
Fahmi dan Ameer (dua, kiri) ketika melawat reruai pameran pada majlis pelancaran Semarak Gemilang Malaysia MADANI OHMYDIN! Meriah Bersama di Mydin Mall, Seremban 2, 17 Ogos 2023. --fotoBERNAMA
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
RUU MCMC ditangguhkan, dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 ditangguhkan bagi memberi ruang kepada semua pihak berkaitan untuk memperhalusi dan meneliti perkara tersebut.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
Pindaan RUU 588: Jamin tindakan proaktif platform media sosial tangani pelanggaran undang-undang - Fahmi
Pindaan membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan notis kepada platform berkenaan agar mengambil tindakan.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
Banjir: 267 stesen pemancar telekomunikasi terjejas kembali beroperasi - Fahmi
Sebanyak 267 stesen pemancar telekomunikasi yang terjejas akibat banjir, telah kembali pulih dan beroperasi setakat 9 pagi tadi.
Tindakan Anwar berang di luar karakter, PM sekali lagi mohon maaf - Fahmi
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memohon maaf kepada Jemaah Menteri susulan tindakannya melepaskan kemarahan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara.