BISNES
Langkah sementara berkesan bendung inflasi kos perubatan, premium insurans - Gabenor BNM

Abdul Rasheed (kanan) dan Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin (kiri) menunjukkan Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2025 pada sidang media di sini, hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Langkah sementara bagi menguruskan kenaikan kos perubatan dlihat kekal berkesan, berikutan inisiaif berterusan akan mengukuhkan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan membantu membendung inflasi premium insurans perubatan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
Ringkasan AI
- BNM menyatakan langkah sementara yang dilaksanakan bersama industri insurans dan takaful kekal berkesan dalam membendung inflasi premium insurans perubatan, termasuk rombakan produk insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) yang dijangka selesai hujung tahun ini.
- Lima teras utama dan 11 cadangan telah dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun untuk menambah baik perkhidmatan kesihatan, memperkukuh sistem kesihatan digital, memperluas pilihan penjagaan kos rendah, dan mentransformasi mekanisme pembayaran menggunakan peralatan digital.
- Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour menekankan bahawa usaha ini bertujuan memastikan sistem penjagaan kesihatan yang lebih mampan dan mampu milik, serta menyokong pengguna akhir dengan perlindungan kewangan yang lebih baik.
Beliau berkata rombakan MHIT melibatkan penambahbaikan produk asas, yang dijangka selesai menjelang hujung tahun ini dan dilaksanakan di kawasan terpilih tahun depan.
Inisiatif lain, katanya, merangkumi usaha memperkukuh sistem kesihatan digital, memperluas pilihan penjagaan kesihatan yang menjimatkan kos, memanfaatkan penyedia penjagaan primer bagi mengurangkan kos pelaksanaan serta mentransformasi mekanisme pembayaran penjagaan primer menggunakan peralatan digital.
"Segala usaha ini dijangka akan mengurangkan kos pembayaran dan memastikan sistem penjagaan kesihatan yang lebih mampan," kata Abdul Rasheed.
Pada Disember lepas, BNM mengumumkan langkah sementara bersama industri insurans dan takaful bagi membantu pemegang polisi yang berdepan semakan semula premium untuk produk MHIT mereka, bertujuan mengurangkan beban kewangan segera mereka sambil mengekalkan perlindungan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami