KUALA LUMPUR:Aset luar negara Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (Kod IATA: SAW) di Turki disenaraikan di kedudukan kelima sebagai lapangan terbang paling sibuk di Eropah, mencatatkan purata harian hampir 500 penerbangan.
MAHB berkata Pertubuhan Eropah bagi Keselamatan Navigasi Udara (Eurocontrol) yang beribu pejabat di Brussels, Belgium mengumumkan senarai kedudukan tersebut pada Oktober 2020.
"Kemampanan kumpulan Malaysia Airports disokong penuh oleh pemulihan menggalakkan yang dicatatkan SAW dalam tempoh beberapa bulan lepas.
"Sejak Julai 2020, trafik penumpang di SAW menyumbang lebih 50 peratus daripada jumlah keseluruhan kumpulan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MAHB Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata pada Oktober 2020, SAW menyumbang 60 peratus daripada jumlah trafik penumpang kumpulan itu sebanyak 2.6 juta.
"Ini membolehkan kumpulan mencapai 22 peratus daripada angka kami sebelum COVID-19," katanya.
Mohd Shukrie berkata pemulihan di SAW dipacu terutamanya daripada perjalanan domestik di Turki.
"Bagi Oktober, trafik penumpang domestik berjumlah 80 peratus tahun ke tahun daripada angka sebelum COVID-19 manakala trafik penumpang antarabangsa sebanyak 40 peratus tahun ke tahun.
"Syarikat penerbangan asing terbaharu yang menyambung semula operasi di SAW ialah Salam Air dari Muscat dengan kekerapan penerbangan dua kali seminggu," katanya.
Bagi operasi di Malaysia, MAHB berkata trafik penumpang domestik terus terjejas akibat daripada pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Bagaimanapun, katanya, sebanyak 35 syarikat penerbangan sedang beroperasi dari Malaysia ke 31 destinasi di 23 negara, yang menyediakan sambungan penerbangan penting bagi negara.
"Syarikat penerbangan asing terbaharu yang menyambung semula operasi di Lapangan Terbang Antarabagsa KL adalah Nepal Airlines dari Kathmandu pada 26 Okt, 2020, dengan kekerapan penerbangan empat kali seminggu," katanya.
Susulan permulaan operasi hab e-penunaian di Hab Cainiao Aeropolis eWTP, Malaysia, pada awal November 2020, KLIA berharap dapat menambah baik sambungan penerbangan di lapangan terbang itu dengan peningkatan kekerapan dan kapasiti pesawat pengangkut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 11 2020
MAHB berkata Eurocontrol yang beribu pejabat di Brussels, Belgium mengumumkan senarai kedudukan tersebut pada Oktober 2020. -Bernama
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Proses pendigitalan kendali penumpang MAHB dijangka siap menjelang 2025 - MOT
Inisiatif yang dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada 2025 itu turut meliputi pemasangan kios layan diri dan perkhidmatan bagasi layan diri secara berperingkat.
Perjanjian operasi baharu MAHB dan kerajaan kukuhkan prospek pendapatan - Penganalisis
Perjanjian operasi (OA) antara Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan kerajaan yang dimeterai baru-baru ini dilihat dirancang dengan baik untuk melindungi pendapatan dan aliran tunai MAHB.
MoT sasar siapkan projek Aerotren KLIA menjelang akhir tahun ini - Loke
Beliau berkata, projek berkenaan sedang dilaksanakan memandangkan kontrak itu telah dirundingkan semula dan konsortium yang menjalankan projek itu telah ditubuhkan.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
MAHB dijangka jana hasil tinggi daripada semakan semula dasar PSC - HLIB
HLIB yakin ia akan beri impak positif kerana ia menambah baik aliran tunai dan membolehkan perbelanjaan modal perbelanjaan lebih tinggi.
Untung bersih Malaysia Airports melonjak kepada RM543.17 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan bersih Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkat kepada RM543.17 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 (tahun kewangan 2023) daripada RM187.20 juta pada tahun kewangan 2022 d
MAHB terima lima syarikat penerbangan antarabangsa baharu ke Malaysia pada Januari, Februari 2024
Antara syarikat penerbangan itu ialah Air Macau, Loong Air, Turkmenistan Airlines dan Iraqi Airways.
MAHB jangka banyak syarikat penerbangan teroka pasaran Malaysia menjelang suku pertama 2025
MAHB menjangkakan lebih banyak syarikat penerbangan meneroka pasaran industri penerbangan Malaysia di antara suku keempat 2024 dan suku pertama tahun depan.
Pembuat keputusan syarikat penerbangan manfaatkan peluang di Routes Asia 2024
Routes Asia 2024 menghimpunkan lebih 900 pembuat keputusan daripada syarikat penerbangan, lapangan terbang dan destinasi.
Sektor penerbangan melonjak 9.1 peratus dalam operasi udara - MAHB
Peningkatan ini juga menghasilkan sambungan mantap ke sejumlah 147 destinasi, merangkumi 113 antarabangsa dan 34 domestik, kata MAHB.