awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan Focus Malaysia jejas potensi keuntungan Malaysia Airlines - Khazanah

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2020
13:05 MYT
Laporan Focus Malaysia jejas potensi keuntungan Malaysia Airlines - Khazanah
Portal Focus Malaysia pada dua minggu lalu menyiarkan apa yang ia dakwa sebagai cadangan pengambilalihan Malaysia Airlines oleh Kumpulan AirAsia. - Gambar fail/BERNAMA
Sayap pelaburan strategik negara Khazanah Nasional (Khazanah) berkata satu laporan yang diterbitkan oleh akhbar Focus Malaysia telah menjejaskan eksesais korporat membabitkan syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines.
Laporan itu juga dianggap telah melemahkan keyakinan terhadap integriti Khazanah sebagai rakan korporat profesional dan menjejaskan reputasinya yang pada akhirnya menjejaskan kemampuannya untuk melakukan urusniaga pada masa hadapan.
"(Laporan) ini telah menjejaskan potensi Malaysia Airlines untuk mencapai pertumbuhan dan keuntungan mapan," jelas Khazanah dalam satu kenyataan hari ini.
"Khazanah sudah meminta Focus Malaysia untuk berhenti menyiarkan apa-apa maklumat yang dipunyainya mengenai eksesais korporat yang pada kebiasaannya dianggap rahsia," tambah kenyataan itu.
Portal Focus Malaysia dua minggu lalu menyiarkan apa yang ia dakwa sebagai cadangan pengambilalihan Malaysia Airlines oleh Kumpulan AirAsia.
Cadangan yang didakwa bernilai RM8 bilion itu memperincikan tujuh perkara termasuk penubuhan sebuah syarikat gabungan yang akan diapungkan di Bursa Malaysia.
Ia juga mendakwa Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan menerima baik cadangan itu tetapi ditolak oleh lembaga pengarah syarikat.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Bursa Malaysia
#integriti
#Khazanah
#Malaysia
#Malaysia Airlines
#pelaburan
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan