awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan EU ke atas minyak sawit tidak jejaskan FGV

Bernama
Bernama
23/02/2018
20:29 MYT
Larangan EU ke atas minyak sawit tidak jejaskan FGV
ZAKARIA: Pengeluaran atau penjualan kami ke EU hanya kira-kira dua peratus daripada perniagaan kami. - Gambar fail
Rancangan Kesatuan Eropah (EU) untuk melarang penggunaan biofuel berasaskan minyak sawit mulai 2021 tidak akan menjejaskan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) kerana eksport ke EU adalah minimum, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad.
"Pengeluaran atau penjualan kami ke EU hanya kira-kira dua peratus daripada perniagaan kami dan (walaupun) tanpa larangan itu kami (masih) tidak dapat menjual disebabkan harga. Oleh itu, kami hanya memberi tumpuan kepada pasaran tempatan.
"Bagaimanapun, saya bimbang mengenai persepsi minyak sawit oleh negara lain kerana mereka mungkin menganggap larangan EU itu secara menyeluruh, yang sebenarnya tidak betul," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan FGV bagi 2017 di sini, pada Jumaat.
Parlimen EU mengundi pada 17 Jan 2018 untuk melarang biofuel berasaskan minyak kelapa sawit menjelang 2021, manakala biofuel berasaskan minyak sayuran lain seperti minyak soya dan minyak biji sesawi boleh terus digunakan sehingga 2030.
Keuntungan bersih FGV meningkat kepada RM208.04 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2017 daripada RM66.45 juta setahun yang lalu.
Bagaimanapun, pendapatan merosot dua peratus kepada RM16.97 bilion daripada RM17.24 bilion sebelumnya, berikutan keuntungan yang lebih rendah yang diperoleh daripada sektor gula akibat kos gula mentah yang lebih tinggi, kata pengeluar minyak sawit terbesar di dunia tersebut dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.
Ditanya sama ada FGV juga menyasarkan pengeluar minyak sayuran India yang bermasalah, Ruchi Soya Industries Ltd, Zakaria menjawab, "Buat masa ini, Ruchi Soya bukan sasaran kami."
Pada Khamis, Sime Darby Plantation dilaporkan telah menyatakan minat terhadap syarikat itu, yang menguasai 25 peratus pasaran dan beberapa jenama.
Zakaria mendedahkan bahawa FGV merancang untuk menjual dua daripada tiga perniagaan bukan teras yang akan membawa pendapatan tambahan kepada syarikat tahun ini.
"Rundingan bagi satu daripadanya sudah selesai dan ini akan memberi kesan kepada keputusan kewangan tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#biofuel
#bisnes
#EU
#felda global ventures
#FGV
#India
#Kesatuan Eropah
#minyak sayuran
#pasaran
#Ruchi Soya
#sawit
#Sime Darby Plantation
#Zakaria Arshad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan