awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 16,000 koperasi diperbadankan dalam pelbagai sektor ekonomi - SKM

Bernama
Bernama
27/07/2025
14:30 MYT
Lebih 16,000 koperasi diperbadankan dalam pelbagai sektor ekonomi - SKM
Menurut kenyataan SKM, pencapaian itu menunjukkan hampir satu perlima daripada populasi Malaysia adalah ahli koperasi. - Gambar SKM
MELAKA: Lebih 16,000 koperasi di seluruh negara telah diperbadankan dalam pelbagai sektor ekonomi, dengan jumlah keahlian sebanyak 7.2 juta orang.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), pencapaian itu menunjukkan hampir satu perlima daripada populasi Malaysia adalah ahli koperasi.
"Sumbangan perolehan sektor koperasi yang mencecah RM68 bilion mencerminkan kepercayaan dan penerimaan masyarakat terhadap model koperasi sebagai platform pembangunan ekonomi yang inklusif.
"Selain itu, aset terkumpul koperasi mencecah RM173 bilion hasil daripada penggemblengan modal syer atau yuran ahli berjumlah RM18.3 bilion pada 2024," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan bersempena dengan Hari Koperasi Negara (HKN) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) selama tiga hari bermula Jumaat.
Menurut SKM, penganjuran kali ini melibatkan sebanyak 242 reruai daripada kementerian, agensi Persekutuan dan negeri.
Jualan Mega MADANI Koperasi Usahawan (JMKU) yang menawarkan diskaun hingga 30 peratus bagi barangan keperluan asas harian turut dianjurkan.
SKM memaklumkan pada majlis perasmian penutupan hari ini, kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyampaikan anugerah kepada 10 koperasi yang mempamerkan prestasi cemerlang.
Majlis perasmian penutupan bertemakan 'Koperasi Memperkasa Komuniti, Membina Negara MADANI' itu disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dan turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#koperasi diperbadankan
#sektor ekonomi
#SKM
#MITC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan