awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 3,000 suri rumah daftar, carum SKSSR - Perkeso

Bernama
Bernama
30/12/2022
07:30 MYT
Lebih 3,000 suri rumah daftar, carum SKSSR - Perkeso
Perkeso menggalakkan suri rumah mendaftar dan mencarum dengan SKSSR yang memberi perlindungan terhadap kemalangan, penyakit dan kematian yang berkaitan dengan pengurusan rumah tangga. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Seramai 3,529 suri rumah di seluruh negara mendaftar dan mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) antara 1 Dis hingga 27 Dis lepas.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Selangor merupakan negeri pencarum SKSSR tertinggi dengan 1,042 orang, diikuti oleh Johor (435) dan Perak (319).
"Di Sabah pula seramai 92 orang mendaftar dan mencarum dengan SKSSR daripada 38,284 orang yang layak. Kira-kira tiga juta suri rumah di negara ini layak dilindungi SKSSR.
"Kerajaan memperuntukkan RM20 juta untuk bantuan caruman SKSSR bagi suri rumah daripada kumpulan B40 yang berdaftar dengan Skim i-Suri (di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu Perkeso menggalakkan suri rumah mendaftar dan mencarum dengan SKSSR yang memberi perlindungan terhadap kemalangan, penyakit dan kematian yang berkaitan dengan pengurusan rumah tangga.
Sementara itu, Perkeso memaklumkan Program Kerjaya dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Perkeso telah diadakan di Manggatal dekat sini semalam, dirasmikan Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud dan turut dihadiri Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohamed.
"Lebih 1,500 jawatan kosong ditawarkan oleh 18 majikan yang mengambil bahagian dengan mengadakan temu duga terbuka bagi pelbagai jawatan dalam berbagai sektor seperti pembuatan, pembinaan, hartanah, penginapan, serta makanan dan minuman," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkeso
#Johor
#Perak
#Skim i-Suri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan