BISNES
Lebih 800 juta e-invois dikeluarkan setakat ini - LHDN
Anu Tariq berkata statistik menunjukkan bahawa pelaksanaan e-invois diterima dengan sangat baik dalam kalangan perniagaan di Malaysia. - Gambar fail/Bernama
CYBERJAYA: Pelaksanaan sistem e-invois di Malaysia menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila lebih 820.5 juta e-invois telah dikeluarkan setakat hari ini, melibatkan penyertaan lebih 111,600 pembayar cukai di seluruh negara.
Ringkasan AI
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin, berkata penyertaan tersebut bukan sahaja merangkumi pembayar cukai fasa pertama hingga fasa ketiga yang melaksanakan e-invois secara mandatori, malah turut melibatkan pembayar cukai fasa keempat yang menyertai secara sukarela.
"Statistik ini menunjukkan bahawa pelaksanaan e-invois diterima dengan sangat baik dalam kalangan perniagaan di Malaysia. Tahap pematuhan secara mandatori juga mencatatkan peratusan yang amat memberangsangkan.
"Bagi fasa satu dan dua, tahap pematuhan melebihi 90 peratus. Fasa tiga pula belum sampai penghujung (Disember 2025), namun ia telah mencatatkan pematuhan melebihi 80 peratus," katanya dalam sidang media selepas Sesi Libat Urus LHDN Bersama Persatuan Perdagangan di sini hari ini.
Kerajaan sebelum ini memperkenalkan pelaksanaan e-invois secara berperingkat bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran percukaian negara serta menyokong pertumbuhan ekonomi digital.
E-invois telah diperkenalkan di beberapa negara sejak 2001, termasuk Chile, Brazil, Mexico, Denmark, Itali, Perancis, dan Arab Saudi.
Abu Tariq berkata pelaksanaan e-invois turut menghadapi cabaran dalam kalangan pemain industri, antaranya ketidaktepatan data.
"Antara punca utama pelaksanaan e-invois terganggu ialah penghantaran e-invois yang tidak tepat, khususnya apabila pembayar cukai tidak mempunyai nombor TIN (nombor pengenalan cukai) yang betul.
"Keadaan ini menyebabkan e-invois ditolak. Oleh itu, pembayar cukai boleh menyemak TIN mereka melalui portal rasmi LHDN untuk memastikan data tepat. Tanpa maklumat yang betul, e-invois akan ditolak pada peringkat awal," katanya.
Fasa keempat e-invois yang akan bermula 1 Jan ini melibatkan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan sehingga RM5 juta.
Pada 6 Dis, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan langkah kerajaan menaikkan nilai ambang pengecualian e-invois kepada RM1 juta (daripada RM500,000) bermula tahun depan bagi mengurangkan beban perusahaan kecil dan sederhana.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Lebih 820.5 juta e-invois telah dikeluarkan di Malaysia, melibatkan lebih 111,600 pembayar cukai dari fasa pertama hingga fasa keempat, menunjukkan penerimaan yang baik dalam kalangan perniagaan.
- Tahap pematuhan e-invois secara mandatori bagi fasa satu hingga fasa tiga melebihi 80 peratus, berpotensi meningkatkan kecekapan pentadbiran percukaian negara.
- Cabaran pelaksanaan e-invois termasuk ketidaktepatan data, di mana e-invois boleh ditolak jika maklumat pembayar cukai tidak tepat, menyebabkan fasa keempat e-invois bermula 1 Januari melibatkan pembayar cukai dengan pendapatan hingga RM5 juta.