awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Levi di pelbagai peringkat diperkenal - Anwar

Bernama
Bernama
11/09/2023
07:55 MYT
Levi di pelbagai peringkat diperkenal  - Anwar
Anwar berkata, ketidakpadanan kemahiran, gaji yang rendah dan peningkatan produktiviti yang perlahan merupakan isu pokok yang menghalang keupayaan Malaysia untuk beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan levi untuk pelbagai peringkat (multi-tiered levy) dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata usaha itu dilakukan bagi memastikan peluang pekerjaan untuk warga tempatan serta peralihan kepada automasi dan mekanisasi, selain meneruskan dasar pekerja asing tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah tenaga kerja.
Katanya ketidakpadanan kemahiran, gaji yang rendah dan peningkatan produktiviti yang perlahan merupakan isu pokok yang menghalang keupayaan Malaysia untuk beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi.
"Kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah berani untuk memperkenalkan model gaji progresif yang memberikan manfaat bukan sahaja kepada golongan pekerja tetapi juga majikan.
"Dasar ini melibatkan peningkatan gaji, kemahiran dan produktiviti pekerja manakala majikan akan memperoleh faedah daripada peningkatan produktiviti, kesetiaan pekerja dan daya saing syarikat," katanya semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RMK12
#levi pelbagai peringkat
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan