awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LHDN: Cukai ke atas perniagaan dalam talian sama seperti perniagaan konvensional

Astro Awani
Astro Awani
23/05/2016
09:36 MYT
LHDN: Cukai ke atas perniagaan dalam talian sama seperti perniagaan konvensional
LHDN: Jelas bahawa cukai pendapatan ke atas perniagaan dalam talian bukan suatu perkara baharu.
Pelaksanaan cukai pendapatan perniagaan dalam talian dilayan sama seperti cukai pendapatan perniagaan konvensional, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menurut laporan Bernama yang memetik kenyataan LHDN, menurut Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan 1967, pendapatan suatu perniagaan layak dikenakan cukai pendapatan setelah mengambil kira semua perbelanjaan yang layak dibenarkan dalam perniagaan dan pelepasan cukai yang layak dituntut oleh peniaga tersebut.
"Bagi perniagaan dalam talian yang dijalankan oleh individu, cukai pendapatan mereka akan mengikut kadar cukai pendapatan individu bermula dari kosong peratus sehingga 28 peratus (mulai Tahun Taksiran 2016).
"Manakala bagi perniagaan dalam talian oleh syarikat, kadar cukai pendapatan yang akan dikenakan adalah antara 19 peratus dan 24 peratus," katanya.
Oleh itu, katanya jelas bahawa cukai pendapatan ke atas perniagaan dalam talian bukan suatu perkara baharu, iaitu ia merupakan jenis cukai pendapatan yang sama dikenakan ke atas para peniaga konvensional.
LHDN turut mengambil inisiatif menerbitkan satu garis panduan teknikal berhubung layanan cukai pendapatan ke atas perniagaan elektronik (e-Dagang) bertajuk 'Garis Panduan Percukaian Perdagangan Elektronik' pada tahun 2013.
Garis panduan dan risalah tersebut boleh dimuat turun di lawan sesawang, www.hasil.gov.my, katanya.
Topic Berkaitan
#Cukai perniagaan atas talian
#LHDN cukai perniagaan atas talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan