BISNES
Loji pelupusan sisa klinikal canggih beroperasi di Bukit Rambai
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyempurnakan Majlis Perasmian Loji Pelupusan Sisa Klinikal Medivest Sdn Bhd di Bukit Rambai.
MELAKA TENGAH: Sebuah loji pelupusan sisa klinikal berteknologi tinggi yang dibangunkan oleh Medivest Sdn Bhd (Medivest) mula beroperasi sepenuhnya di Bukit Rambai, di sini, sekali gus menjadikannya fasiliti pelupusan sisa klinikal tercanggih di Malaysia.
Dibangunkan dengan pelaburan berjumlah RM30 juta, loji tersebut menggunakan teknologi dari Belgium dan dilengkapi sistem pembakaran moden yang mampu memproses sehingga 20 tan metrik sisa klinikal sehari.
Ketua Pegawai Eksekutif Medivest, Ts. Abdullah Hashim berkata, pembinaan loji berkenaan dimulakan pada tahun 2022 namun mengalami penangguhan akibat pandemik COVID-19.
Katanya, loji ini melambangkan pendekatan pintar dan moden dalam pengurusan sisa klinikal, sekali gus mencerminkan inovasi lestari dan pematuhan tinggi terhadap piawaian keselamatan serta alam sekitar.
“Alhamdulillah, tapak ini merupakan loji pertama di Malaysia yang dirasmikan pada Mei 1997 dan masih terus beroperasi tetapi dengan sistem lebih moden dan selamat yang mana ini adalah insinerator generasi baharu.
“Loji ini turut dilengkapi dengan Counter-current Rotary Kiln System, Air Pollution Control System (APC) dan Continuous Emission Monitoring System (CEMS) yang berfungsi memantau pelepasan gas secara berterusan, selaras dengan piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Loji Pelupusan Sisa Klinikal Medivest Sdn Bhd di Bukit Rambai, pada Jumaat yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Mengulas lanjut ujar Abdullah, operasi dan pengangkutan sisa klinikal itu kini dipantau secara masa nyata melalui pusat kawalan pintar Amplified Intelligence Centre (AIC) yang beroperasi dari ibu pejabat Medivest di Kuala Lumpur.
“AIC ini berfungsi seperti bilik kawalan di mana ia membolehkan kami mengesan laluan kenderaan, mengurus insiden atau kelewatan, dan memantau peralatan kritikal hospital termasuk suhu bilik bedah serta status lif,” tambahnya.
Selain itu, dalam usaha menyokong kelestarian, Medivest kini menjalinkan kerjasama strategik dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) untuk mengitar semula abu insinerator ke arah matlamat ‘Zero Waste to Landfill’.
Ujarnya, UTem juga sedang dalam peringkat akhir bagi mendapatkan kelulusan pihak berkuasa dalam mengguna pakai abu insinerator berkenaan sebagai bahan konkrit.
“Jika diluluskan, sisa ini boleh digunakan untuk membina jalan dan juga sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk menyokong prinsip Zero Waste to Landfill,” katanya lagi.
Loji baharu ini berfungsi sebagai hab pelupusan untuk hospital kerajaan di Melaka, Johor serta Negeri Sembilan, selaras dengan perjanjian konsesi yang dimeterai bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Selain loji pelupusan sisa, Medivest turut mengurus penyelenggaraan fasiliti dan peralatan perubatan di 23 hospital awam, dengan fokus kepada perkhidmatan berasaskan keselamatan, kecekapan dan inovasi.