BISNES
Loji solar “firm” pertama: Planet QEOS meterai HOA RM2.32b dengan 5 firma strategik
Majlis menandatangani perjanjian itu diadakan sempena Hari Libat Urus Awam-Industri MEESTY, yang turut menyaksikan pelancaran rasmi Dasar Peralihan Tenaga Sarawak oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. - Foto/Planet QEOS
KUALA LUMPUR: Planet QEOS Sdn Bhd (Planet QEOS) memeterai Perjanjian Induk (HOA) bernilai RM2.32 bilion dengan lima rakan strategik bagi melancarkan Program Tenaga Baram DeepTech, yang bakal membuka laluan kepada pembinaan loji solar “firm” pertama di Malaysia di kawasan tanah tinggi Baram, utara Sarawak.
Lima rakan strategik yang terlibat ialah EFS Group, ES Sunlogy, Founder Consortium, China Construction Sixth Engineering Bureau Corporation (CSCEC), dan Hopewind.
Pengerusi Eksekutif Planet QEOS, Dino Bidari berkata, kemudahan bersejarah itu akan menjadi loji tenaga boleh diperbaharui pertama di negara yang mampu membekalkan elektrik berterusan sepanjang masa setanding dengan stesen janakuasa gas dan hidro konvensional.
“Kami membina lebih daripada sekadar sebuah loji janakuasa. Kami sedang membina asas kemakmuran yang berkekalan di kawasan pembangunan tanah tinggi (HDA).
“Hari ini, dasar bertemu realiti. Kami bukan sahaja membawa megawatt tetapi juga membawa ekonomi luar bandar baharu, pekerjaan berkemahiran, infrastruktur moden, dan tenaga hijau bertaraf pelabur dari tanah tinggi," katanya dalam kenyataan.
Majlis menandatangani perjanjian itu diadakan sempena Hari Libat Urus Awam-Industri MEESTY, yang turut menyaksikan pelancaran rasmi Dasar Peralihan Tenaga Sarawak (SET-P) oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Acara ini menghimpunkan pemimpin kerajaan, industri, dan komuniti untuk memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga bersih serantau serta merangka hala tuju bagi mencapai kapasiti penjanaan 10 gigawatt (GW) menjelang 2030, sasaran yang akan mengukuhkan peranan Sarawak sebagai “Bateri ASEAN” dan pengeksport utama tenaga bersih ke rantau ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berharap agar projek yang dicadangkan itu memberi manfaat yang lebih luas kepada HDA di Baram.
“Program Baram DeepTech menandakan satu bab penting bagi HDA di Baram. Dengan membawa tenaga boleh diperbaharui 24 jam sehari ke Baram, pihak pelaksana projek sedang membuka potensi penuh kawasan pedalaman Baram untuk pertumbuhan mampan dengan peningkatan hubungan, infrastruktur moden, industri baharu, dan peluang pekerjaan berkemahiran.
“Ini akan menjadi pemangkin bagi pembangunan serentak di kawasan Parlimen Mulu dan seluruh kawasan Hulu Baram. Sebagai sebahagian daripada HDA, saya berbangga melihat kawasan kita menjadi tumpuan dalam memacu kepimpinan tenaga hijau Sarawak,” katanya dalam kenyataan sama.

#Program Tenaga Baram DeepTech
#Loji solar firm pertama Malaysia
#Tenaga Boleh Diperbaharui
#Planet QEOS