awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LPNM dan PFI meterai MoU, perluas penanaman nanas

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2022
01:50 MYT
LPNM dan PFI meterai MoU, perluas penanaman nanas
LPNM dan PFI menandatangani MoU bagi mengukuhkan kerjasama dalam perluasan kawasan penanaman nanas dan bidang pembangunan usahawan produk nanas. -Astro AWANI
SERDANG: Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan Pusaka Food Industry Sdn Bhd (PFI) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama dalam perluasan kawasan penanaman nanas dan bidang pembangunan usahawan produk berasaskan tanaman itu.
Antara lain, MoU akan menyaksikan kerjasama dua pihak membangun dan mempromosi produk berasaskan nanas melalui teknologi dan kaedah terkini.
MoU ditandatangani Ketua Pengarah LPNM, Mohd Khairuzamri M. Salleh dan Pengarah PUSAKA Food Industry (PFI) Sdn Bhd.
Ia disaksikan Pengerusi LPNM, Datuk Sahruddin Jamal dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, merangkap Ahli Lembaga Pengarah PUSAKA, Datu Len Talif Salleh di Laman Nanas, MAEPS Serdang.
Kerjasama Strategik | LPNM dan PFI meterai MoU, perluas penanaman nanas
MOU juga akan memudahkan aktiviti rantaian bekalan serta menyokong aktiviti seperti pemindahan teknologi, perkongsian maklumat, dan penyelidikan berkaitan industri.
Datu Len Talif Salleh berkata, PFI menjadi syarikat pertama daripada Sarawak bekerjasama dengan LPNM dalam memajukan bidang penanaman nanas secara komersial di Sarawak.
Pada peringkat awal, 126 orang menerima lebih kurang 3 ekar tanah seorang bagi pembangunan projek pertanian komuniti tanaman nanas di Tanjung Manis.
"Hasil MOU ini, sebenarnya, kita sudah mulakan, sasaran kita adalah untuk menanam nanas di 2,000 hektar tanah.
"Apa yang akan dijalankan, projek ini penglibatan LPNM , PUSAKA dan penduduk setempat. Kebanyakan mereka petani.
"Dengan penglibatan ini, ia akan bangunkan dengan infra lengkap terutama pengurusan air sebab kawasannya paya dan apa yang kita saksikan sekarang ia telah memberikan hasil pulangan dengan baik," katanya dalam sidang media di MAEPS Serdang pada Selasa.
Pihaknya juga sudah mula memberi khidmat nasihat kepada penduduk tempatan tentang peluang yang tinggi dalam industri penanaman nanas melalui pelbagai aktiviti.
Dalam masa sama, usaha sedang dilakukan bagi mewujudkan program “Cadet Planter” untuk penduduk tempatan dengan objektif melahirkan pekerja-pekerja mahir dalam bidang pertanian terutamanya dalam penanaman nanas.
Beliau juga berharap LPNM dapat memperluaskan penglibatan mereka ke seluruh negeri Sarawak.
Justeru dengan sasaran meningkatkan sekurang-kurangnya 20,000 hektar penanaman nanas di seluruh Sarawak melalui penglibatan penduduk, beliau yakin pengeluaran tanaman itu setanding dengan negeri pengeluar nanas terbesar negara, Johor.
Topic Berkaitan
#penanaman nanas
#Pusaka Food Industry
#pembangunan usahawan produk
#LPNM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan