MELAKA: Pelumba Tudor Pro Cycling Team Arvid De Kleijn merangkul kemenangan peringkat kali kedua, pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 selepas mengungguli peringkat keenam dari Karak ke Melaka, sejauh 174.5 kilometer (km), hari ini.
Pelumba Belanda yang memenangi Peringkat Pertama, Sabtu lepas, berjaya melepasi saingan sengit daripada kelompok utama untuk melintasi garisan penamat, dengan catatan masa 4 jam 08 minit 19 saat dikuti pelumba Human Powered Health Sasha Weemaes dan pelumba Astana Qazaqstan Team Gleb Syritsa.
Komisar perlumbaan memberikan 10 pelumba terbaik catatan yang sama - masa 4:08.19s, selepas kesemua mereka menamatkan pelumbaan secara kelompok.
"Terbaik, ia merupakan usaha berpasukan yang baik pada ketika kami berhadapan kesukaran untuk bergerak ke hadapan. Namun kami berjaya lakukannya tepat pada masanya, dengan dapat mendahului seperti itu, ia suatu yang luar biasa dan saya berjaya menamatkannya," katanya.
Kejayaan pelumba berusia 29 tahun itu, sekali gus mengekalkan dominasinya untuk terus menyarung Jersi Jingga (Raja Pecut) dengan mengumpul 45 mata.
Dalam pada itu, perlumbaan Peringkat Keenam tadi turut menyaksikan tiada sebarang pergerakan terhadap perebutan tiga lagi jersi utama LTdL 2023.
Jersi Hijau selaku pendahulu keseluruhan, kekal disarung pelumba EF Education-Easypost Simon Carr, dengan jumlah pungutan masa 23:33.29s, biarpun hanya menamatkan saingan di tempat ke-55 hari ini.
Rakan sepasukan De Kleijn, Simon Pellaud mengekalkan Jersi Polka Dot selaku Raja Bukit, sementara pelumba Kazakhstan, Vadim Pronskiy (Astana Qazaqstan Team) mengekalkan Jersi Putih, selaku pelumba terbaik Asia, untuk peringkat kedua berturut-turut.
Esok, perlumbaan Peringkat Ketujuh meliputi jarak sejauh 123.8km, dari Muar ke Seremban menyediakan laluan kurang mencabar, dengan hanya tiga zon pecutan di Umbai, Cheng dan Linggi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023

Arvid De Kleijn menjuarai perlumbaan LTdL Malaysia 2023 peringkat keenam dari Karak ke Melaka sejauh 174.5 kilometer hari ini. - Gambar/ Bernama
AWANI Ringkas: Pemilihan PKR: Tiada rombakan Kabinet
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Pope Francis meninggal dunia
Pope Francis disahkan meninggal dunia pada usia 88 tahun. Perkara disahkan oleh Gereja Roman Katolik menerusi video kenyataan rasmi.

RUU Pindaan Akta Perlindungan Saksi dijangka dibentang di Parlimen Jun ini - Azalina
RUU Pindaan Akta Perlindungan Saksi, dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen pada Jun depan.

Pengambilalihan konsesi Menara KL tidak memihak kepada sesiapa - Fahmi
Kes tersebut kini dalam proses perundangan di mahkamah dan semua pihak diminta memberi ruang kepada proses keadilan berjalan.

Kemalangan UUM: KPT tidak memandang ringan keselamatan semua universiti - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi tidak akan memandang ringan terhadap semua universiti susulan pelajar siswi maut melibatkan dua buah bas di UUM, Kedah pada Sabtu.

Pope Francis, 88, meninggal dunia
Gereja Katolik Roman mengesahkan bahawa Pope Francis, 88, meninggal dunia di Vatican City pada hari Isnin.
[TERKINI] KDN cadang perluas untuk urusan trafik
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan penggunaan MyDigital ID kepada pengguna bagi sebarang urursan melibatkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (JSPT).

Johor cadang wujudkan taman perindustrian di JS-SEZ
Kerajaan negeri Johor bercadang mewujudkan taman perindustrian ASEAN dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Pupy tiba di lokasi perlindungan gajah Brazil
Selepas melalui perjalanan panjang dari Argentina, Pupy seekor gajah Afrika memulakan kehidupan baru di sebuah lokasi perlindungan gajah di Brazil.
JS-SEZ: Forum Perniagaan & Pelaburan Bersama 2025
Ikuti Forum Perniagaan & Pelaburan Bersama 2025, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

LTdL 2023: Carr juara keseluruhan, Syritsa ungguli peringkat akhir
Simon Carr melakar sejarah menjadi atlet berbasikal pertama British memenangi gelaran Juara Keseluruhan (Jersi Hijau) perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.

LTdL 2023 : De Kleijn catat kemenangan sekali lagi
Pelumba Tudor Pro Cycling Team Arvid De Kleijn merangkul kemenangan peringkat kali kedua, pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.

LTdL 2023: Carr dedikasi kemenangan peringkat 'queen stage' buat datuknya
Pelumba EF Education-Easypost, Simon Carr, muncul juara perlumbaan Peringkat 5, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 hari ini.

Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.

LTdL 2023: Peringkat ketiga milik Jackson
Pelumba pasukan Bolton Equities Black Spoke, George Jackson mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menjuarai perlumbaan Peringkat Ketiga jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, dari Jeli ke Baling.

De Kleijn kuasai peringkat pertama LTdL 2023
Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Kleijn menjuarai peringkat pertama LTdL 2023 dari Kerteh ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

LTDL 2023: Martin Lopez mahu balas kepercayaan Astana
Pelumba pasukan berstatus WorldTeam, Astana Qazaqstan Team, Harold Martin Lopez menyasarkan untuk memperbaiki pencapaian di pentas LTdL 2023.

LTdL 2023: Pasukan tiba di Terengganu, pemburuan jersi hijau bermula
Bahang penganjuran LTdL tidak pernah terpadam sebelum acara kayuhan itu bermula esok hingga 30 Sept ini.

LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.

LTdL: KBS mohon syarikat korporat beri jawapan tajaan secepat mungkin
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyeru syarikat korporat yang berminat untuk menaja perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 untuk memberi keputusan penajaan secepat mungkin.