Lynas Malaysia Sdn Bhd yang juga pengeluar bahan nadir bumi terbesar di luar China, turut memberi kelebihan kepada Malaysia dari segi peluang untuk membangunkan sektor hiliran industri tersebut.
Ini susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Lynas Malaysia dan MARA Corporation Sdn Bhd bagi menjalin kerjasama dalam beberapa projek utama termasuk menarik industri dan pelanggan hiliran ke Malaysia.
Projek lain termasuk inisiatif pendidikan dan latihan di Malaysia, pengkomersialan sisa 'neutralisation underflow' (NUF) daripada loji Lynas Malaysia, termasuk menghasilkan produk baja tanah bagi kegunaan petani Melayu dan reka bentuk serta kerja-kerja fabrikasi berkaitan dengan projek Lynas 2025.
Pengerusi MARA Corporation Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berkata kerjasama itu menandakan permulaan bagi peluang besar untuk kalangan siswazah berkemahiran tinggi, penyelidikan dan pembangunan serta lebih banyak industri hiliran.
"Kami bernasib baik kerana memiliki komponen utama rantaian bekalan ini yang telah pun beroperasi di Malaysia selain menjadi masa terbaik untuk terus membangunkan peluang mempertingkat industri hijau dan berteknologi tinggi negara ini, seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030," katanya pada majlis pemeteraian MoU berkenaan di sini, pada Isnin.
Hadir sama Naib Presiden Lynas Malaysia Datuk Mashal Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Lynas Corporation Amanda Lacaze dan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Andrew Goledzinowski.
Mashal, yang juga Pengarah Urusan Lynas Malaysia berkata, adalah menjadi matlamat Lynas untuk membangunkan lebih banyak industri hiliran berkaitan sejak ia bertapak di negara ini kira-kira 12 tahun lepas.
Beliau berkata sektor hiliran itu akan membolehkan pihak pengilang melabur berbilion ringgit atau mewujudkan ribuan pekerjaan baharu dan paling penting dapat membuktikan keperluan bagi pembangunan teknologi.
"Malaysia perlukan teknologi. Malah, di Lynas sekali pun, rakyat Malaysia yang bekerja adalah (pakar) teknologi tinggi yang mana 67 peratus adalah siswazah teknikal iaitu agak besar bagi sesebuah organisasi," kata Mashal.
Beliau berkata Malaysia juga boleh membangunkan lagi teknologi tinggi dan industri masa depan dengan memasukkan nadir bumi ke dalam rantaian bekalan.
Sementara itu, mengulas projek Lynas 2025, Lacaze berkata syarikat itu berhasrat meningkatkan kapasiti pengeluarannya sebanyak 50 peratus dan mempelbagaikan kedudukan di peringkat global dengan membangunkan kemudahan di Australia dan Amerika Syarikat bagi tempoh lima tahun akan datang.
"Industri ini diunjur mencatat pertumbuhan ketara untuk sekurang-kurangnya satu dekad dan Lynas sendiri turut mempunyai perancangan untuk berkembang dalam industri ini. Itulah (teras) Lynas 2025 yang menyaksikan kami menggerakkan kapasiti tambahan sebanyak 50 peratus ke dalam operasi pengilangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 04 2019
Mashal (dua, kiri) bertukar dokumen dengan Akhramsyah (dua, kanan) pada majlis menandatangani MoU di Kuala Lumpur, 4 Nov, 2019, sambil disaksikan Amanda (kiri) dan Andrew (kanan). --fotoBERNAMA
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Kerjasama Mara Corp dan Lynas dibuat tanpa kelulusan Majlis Mara
Tindakan Mara Corp menandatangani MoU itu tidak selaras dengan ketetapan Majlis Mara yang mana sebarang inisiatif baharu perlu mendapat pertimbangan Majlis Mara.
Lynas, MARA Corp bekerjasama majukan sektor hiliran nadir bumi
Susulan pemeteraian MoU antara Lynas Malaysia dan MARA Corporation Sdn Bhd bagi menjalin kerjasama dalam beberapa projek utama termasuk menarik industri dan pelanggan hiliran ke Malaysia.
Khairy terima mandat penuh terajui Pemuda UMNO
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin diberi mandat penuh oleh perwakilan sayap itu apabila memperoleh 189 undi untuk terus menerajuinya buat penggal kedua.
Akhramsyah mahu kembalikan Pemuda UMNO kepada perjuangan asal
Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi mahu membawa pergerakan itu kembali ke landasan asal.