KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti pesawatnya sebanyak 15 peratus selain daripada 20 peratus pada tahap pra-COVID-19 yang diunjurkan bagi bulan ini susulan pembukaan semula sempadan negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG Kapten Izham Ismail berkata kumpulan syarikat penerbangan itu menyasarkan kapasiti terbabit mencecah paras 70 peratus berbanding tahap kapasiti pra-COVID-19.
MAG merupakan syarikat induk bagi syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Bhd.
Beliau berkata, MAG menyasarkan kapasiti itu mencecah 80 peratus seiring dengan aliran peningkatan permintaan (penerbangan masuk) dari India, United Kingdom dan Eropah.
"Unjuran kami terhadap pertengahan tahun ini adalah menggalakkan...sudah pasti (faktor) konflik di Eropah, impak kenaikan harga minyak memberi kesan, namun dari segi pergerakan, keadaan adalah menggalakkan.
"Perniagaan kami di peringkat domestik adalah sama seperti yang dialami oleh pesaing lain di Malaysia. Kami turut melihat faktor beban muatan yang amat tinggi antara Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia Airlines Bhd dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di sini, hari ini.
Menurut Izham, kumpulan itu turut menyaksikan peningkatan tempahan sejak beberapa minggu lepas susulan pengumuman mengenai pembukaan semula sempadan bermula 1 April, 2022.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Aididah Ibrahim dalam ucapannya berkata MoU tersebut bertujuan mempromosi serta memasarkan produk kraf tempatan menerusi inisiatif yang dapat memberi manfaat kepada usahawan kraf dan juga pelanggan syarikat penerbangan nasional melalui platform digital Malaysia Airline, JOURNIFY.
"JOURNIFY merupakan platform e-dagang yang dibangunkan oleh Malaysia Airline untuk kemudahan pelancong mencari lokasi beli-belah, tempat makan, lawatan serta lain-lain info menarik di Malaysia.
"Kraftangan Malaysia menerusi Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn Bhd telah menyertai aplikasi JOURNIFY ini bermula 22 Februari 2022 dan sehingga kini sebanyak 63 unit produk kraf telah dimuat naik untuk dipromosi dan dipasarkan," katanya.
Menurutnya, produk kraf itu merangkumi tekstil, hasil rimba, hasil logam, hasil tanah dan aneka kraf yang meliputi fesyen dan aksesori, hiasan rumah, cenderahati korporat dan produk pelancongan.
Aididah berkata, jumlah tersebut akan ditambah secara berperingkat sehingga mencapai sasaran yang telah dipersetujui bersama sebanyak 100 unit.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022

MAG menyasarkan kapasiti terbabit mencecah paras 70 peratus berbanding tahap kapasiti pra-COVID-19. - Gambar hiasan/Unsplash

Agong, Raja Permaisuri tiba di Turkiye untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga di sini pada kira-kira 5.30 petang.

Setahun Taliban | Afghanistan masih berdepan krisis ekonomi
15 Ogos ini memasuki genap setahun Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan Afganistan daripada bekas Presiden, Asraf Ghani.

Krisis Myanmar | Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara lagi
Bekas pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara, kali ini selama enam tahun. Perbicaraan itu bagaimanapun diadakan secara tertutup, dan pasukan guamannya juga dilarang berkongsi maklumat perbicaraan tersebut.

Hujan Lebat | 31 maut, puluhan hilang akibat banjir di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 31 maut dan puluhan yang lain hilang selepas banjir kilat melanda utara Afghanistan akibat hujan lebat. Menurut Agensi Berita Bakhtar, banjir dilaporkan berlaku di wilayah Parwan pada Ahad.

Malaysia Airlines | Malaysia Airlines beli 20 pesawat A330neo Airbus
Malaysia Aviation Group (MAG) memilih A330neo daripada Airbus untuk program pembaharuan armada pesawat badan lebar syarikat penerbangan itu. 10 pesawat akan dibeli daripada syarikat Airbus, manakala 10 lagi akan dipajak daripada syarikat Avolon yang berpangkalan di Dublin.

Negara Penuaan | Bagaimana hala tuju persaraan 16 juta rakyat di sektor informal?
Kira-kira 16 juta rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor tidak formal mungkin akan terperangkap dalam kedudukan kewangan dan tidak mampu membawa diri ke hari persaraan jika tiada simpanan yang mencukupi.

Peranti Siswa | Majlis perwakilan pelajar bantu kemuka rayuan
Majlis perwakilan pelajar diberi tanggungjawab untuk membantu para pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan Program Peranti Siswa bagi mengemukakan semula rayuan mereka. Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, persatuan berkenaan akan menjadi pusat rujukan bagi kes-kes rayuan agar pelajar layak, tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

Politik | BN belum putuskan kedudukan PBM
Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang mahu menyertai Barisan Nasional (BN) masih lagi dalam pertimbangan.

Umrah | PUHAZ tidak terlibat urus jemaah wanita berpakaian ihram
Persatuan Pengendali Umrah, Haji Dan Ziarah Perak (PUHAZ) mengesahkan tidak terlibat dalam mengendalikan urusan umrah seorang seorang wanita yang didakwa berpakaian ihram lengkap seperti lelaki di tanah suci Mekah yang tular baru-baru ini. Setiausaha Agungnya, Abdul Jabbar Abdul Kahar menjelaskan hasil maklumat awal, tiada mana-mana antara 35 syarikat pelancongan dan umrah di bawah persatuan itu terlibat urusan wanita yang didakwa beralamat di Bota, Perak.

Musim Kemarau | Bomba beri tumpuan lokasi panas di tujuh negeri
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memberi tumpuan di beberapa lokasi panas kemungkinan berlakunya kebakaran terbuka bagi menghadapi musim kemarau seluruh negara dijangka September depan. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, selepas berakhirnya monsun timur laut, lazimnya musim kemarau akan berlaku dan tahun ini dijangka panas yang agak panjang dan ekstrim.

MAG, PDB orak langkah bersejarah, kendali pesawat penumpang guna bahan api SAF
MAG selangkah lebih hampir kepada aspirasi sifar pelepasan karbon, susulan penerbangan pertama pesawat penumpangnya menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF).

Pelan penyusunan semula bantu Malaysia Aviation Group catat prestasi positif bagi 2021
Syarikat induk kepada Malaysia Airlines Bhd itu menyifatkan prestasi tersebut disumbangkan oleh strategi mampan yang digariskan dalam Pelan Perniagaan Jangka Panjang 2.0 (LTBP2.0).

MAG di landasan tepat untuk kembali raih untung pada 2023
Malaysia Aviation Group (MAG) kini berada di landasan tepat untuk mencatat semula keuntungan pada tahun depan dan mencecah paras jualan tiket sebelum pra-pandemik seawal 2024.

MAG sasar kapasiti pesawat meningkat 15 peratus bulan ini
MAG menyasarkan kapasiti terbabit mencecah paras 70 peratus berbanding tahap kapasiti pra-COVID-19.

STB dan Malaysia Aviation Group jalin kerjasama dalam Sia Sitok Sarawak Plus
Pemeteraian MoU antara kedua pihak dapat melonjakkan kembali industri pelancongan di Bumi Kenyalang khasnya sebagai destinasi pilihan.

COVID-19: United Sikhs Malaysia, MAG, MASkargo hulur 50 alat bantuan pernafasan buat Indonesia
Misi kemanusiaan itu adalah sebahagian usaha membantu rakyat republik berkenaan memerangi COVID-19 yang semakin memburuk.

MAG sahkan keluar notis tender jual pesawat A380
MAG mengulas laporan mengenai anak syarikat milik penuhnya, MAB Pesawat Sdn Bhd menjalankan tender terbuka untuk penjualan enam pesawat A380-800 dan/atau komponennya.

Khazanah suntik RM3.6b kepada Malaysia Airlines untuk penstrukturan semula
Ia selepas Mahkamah Tinggi UK memberi lampu hijau membenarkan penstrukturan semula syarikat itu yang mempunyai liabiliti lebih RM15 bilion.

Keputusan penstrukturan Malaysia Airlines 10 Februari
Malaysia Airlines memerlukan kelulusan pemberi pinjaman untuk meneruskan penstrukturan tersebut yang mana pemajak pesawat merangkumi 75 peratus hutang syarikat.

MAG terima kelulusan penting dalam usaha pelan penstrukturan semula
Pelan ini adalah merupakan strategi jangka panjang bagi memastikan syarikat ini terus bertahan dalam tempoh COVID-19 melanda dunia.