awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Senarai baharu barangan SARA akan dikemas kini sebelum Ramadan
PM Anwar sangkal dakwaan Malaysia beri 5,207 hektar tanah kepada Indonesia
PRK Kinabatangan catat 33 peratus keluar mengundi, Lamag 30 peratus setakat 11 pagi - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mah Sing beli tanah di Johor dengan GDV RM469 juta

Bernama
Bernama
28/06/2022
10:56 MYT
Mah Sing beli tanah di Johor dengan GDV RM469 juta
Sebahagian daripada tanah itu yang akan dikenali sebagai M Minori, akan dibiayai menerusi hasil daripada penjualan sebidang tanahnya di Permatang Tinggi, Pulau Pinang. - Mah Sing Group
KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd membeli sebidang tanah pajakan bebas di Johor bagi pembinaan projek bercampur dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM469 juta.
Dalam kenyataan hari ini, Pengasas dan Pengarah Urusan Mah Sing Tan Sri Leong Hoy Kum berkata pembelian di Mukim Tebrau itu merangkumi tanah seluas 2.8 hektar dan merupakan urus niaga tanah pertama bagi kumpulan itu tahun ini yang juga sejajar dengan hasrat mengembangkan lagi kehadirannya di Johor Bahru.
"Kejayaan pangsapuri mampu milik siri M kami di pusat bandar serta kediaman jenis teres di pinggir bandar telah mendorong kami untuk terus meninjau peluang pengambilalihan sama untuk membangunkan rumah mampu milik dengan mengutamakan hartanah yang dapat menjana pulangan," katanya.
Leong berkata, sebahagian daripada tanah itu yang akan dikenali sebagai M Minori, akan dibiayai menerusi hasil daripada penjualan sebidang tanahnya di Permatang Tinggi, Pulau Pinang.
Beliau berkata, pembelian tanah itu juga merupakan antara keputusan strategik kumpulan bagi menumpukan pembelian lebih baik serta pulangan lebih pantas bagi hartanah kediaman jenis M yang melibatkan pembangunan rumah mampu milik dan seiring dengan permintaan pasaran.
Pemaju hartanah itu turut menyasarkan kawasan koridor pertumbuhan pesat di Seremban, Negeri Sembilan serta Melaka dan Perak selain Lembah Klang dan Pulau Pinang bagi pembangunan projeknya di masa depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mah Sing
#beli tanah
#Mukim Tebrau
#GDV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan