KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatat pergerakan penumpang sebanyak 3.2 juta di seluruh rangkaian lapangan terbangnya pada September 2021, merosot 9.5 peratus berbanding September 2020.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin, MAHB berkata pergerakan penumpang antarabangsa melonjak 111.9 peratus kepada 1.1 juta penumpang, manakala pergerakan penumpang domestik mencatatkan penurunan 29.8 peratus kepada 2.1 juta penumpang.
"Bagi tempoh asas 12 bulan lepas, pergerakan penumpang di semua rangkaian MAHB merosot sebanyak 60.5 peratus bagi tempoh yang sama kepada 28.6 juta penumpang," katanya sambil menyatakan pergerakan pesawat secara keseluruhannya susut 15.8 peratus.
Selain itu, penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (SGIA Istanbul) terus mencatatkan 2.7 juta penumpang iaitu peningkatan 51 peratus pada September 2021 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Di peringkat tempatan, lapangan terbang di Malaysia mencatat 0.5 juta penumpang pada September 2021, menguncup 73.4 peratus tahun ke tahun, manakala sektor antarabangsa dan domestik pula masing-masing merekodkan seramai 0.1 juta penumpang dan 0.4 juta penumpang bagi tahun ke tahun.
Pergerakan pesawat secara keseluruhannya pula berkurangan 42.0 peratus dengan pergerakan penumpang antarabangsa menokok 51.9 peratus, manakala pergerakan pesawat domestik merosot sebanyak 54.8 peratus.
Secara keseluruhannya, MAHB berkata prestasi trafik domestik di Malaysia mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan selepas pelancaran program Gelembung Pelancongan Langkawi sejak 16 Sept 2021.
"Pergerakan penumpang domestik harian di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi merekodkan peningkatan yang ketara daripada 251 penumpang pada 15 Sept kepada lebih 2,400 penumpang pada hari pertama program berkenaan.
"Sebelum pembukaan semula itu, jumlah purata penumpang harian adalah antara 170 hingga 250 orang, meningkat kepada hampir 4,000 penumpang pada tujuh hari terakhir pada September.
"Pengumuman yang menggembirakan itu serta inisiatif MAHB dalam memastikan kesihatan, keselamatan dan pengalaman penumpang pada kelas dunia akan membantu meningkatkan prospek trafik Malaysia kepada pemulihan yang memuaskan dalam masa terdekat berikutan sektor penerbangan telah beroperasi semula dan akhirnya akan kembali normal," katanya.
Menurutnya pergerakan penumpang di SGIA Istanbul terus memacu pemulihan trafik rangkaian lapangan terbang MAHB, mengekalkan momentum pertumbuhan dengan pergerakan penumpang pada September 2021 mencapai 86 peratus daripada jumlah penumpang pada September 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021

MAHB berkata pergerakan penumpang antarabangsa melonjak 111.9 peratus kepada 1.1 juta penumpang, manakala pergerakan penumpang domestik mencatatkan penurunan 29.8 peratus kepada 2.1 juta penumpang. -Gambar hiasan
[TERKIN] Gegar Vaganza 11: Liza Aziz juara Gegar Vaganza 11
Liza mendendangkan lagu I Surrender nyanyian asal Celine Dion pada pusingan pertama, sebelum membawa lagu duet Cinta bersama Krisdayanti dan beradu suara dengan tiga peserta wanita lain dalam pusingan battle menerusi lagu Angkat.
Pengunduran Israel: Penduduk Palestin bergerak melalui Netzarim
Ribuan rakyat Palestin telah melalui kawasan itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk pulang ke rumah mereka di utara Gaza.
Sidang kemuncak tergempar Arab pada 27 feb
Mesir akan menganjurkan sidang kemuncak tergempar Arab pada 27 Feb bagi membincangkan perkembangan terkini di wilayah Palestin.
Prabowo seru media supaya punyai integriti
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menekankan kepentingan kewartawanan profesional dengan integriti, menyifatkannya sebagai aset berharga kepada negara.
CPI: Malaysia mampu capai kedudukan lebih baik, tangga ke 25 tak mustahil
Peranan yang dimainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka memberi impak positif, selain daripada pelbagai program serta perancangan anti rasuah yang telah dilaksanakan.

Ecuador adakan pilihan raya umum
Rakyat Ecuador keluar mengundi pada Ahad untuk memilih seorang presiden, naib presiden, 151 anggota Dewan Negara dan lima anggota Parlimen Andean untuk tempoh empat tahun.
Keputusan keahlian akan dibincang dengan presiden UMNO
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu.
MINDEF di peringkat akhir muktamad tapak Mawilla 4 di Bintulu
Kementerian pertahanan (MINDEF) dalam peringkat akhir muktamadkan pemilihan tapak dengan kerajaan Sarawak bagi pembinaan markas wilayah laut 4 (Mawilla 4) tentera laut diraja malaysia (TLDM) di Bintulu, Sarawak.
Kanak-kanak ikuti sesi persekolahan selepas kes mahkamah selesai
Kanak-kanak yang diselamatkan dari GISB Holdings Sdn Bhd yang masih mempunyai urusan di mahkamah akan mengikuti sesi persekolahan baharu selepas proses di mahkamah selesai.
Usaha perkukuh akidah, iman dilaksanakan segera - Mohd Na’im
Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar usaha memperkukuh akidah dan iman umat Islam di Malaysia dipergiat akan segera dilaksanakan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

MAHB akan dinyahsenarai dari pasaran utama, hari terakhir dagangan pada 19 Feb
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.

Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.

GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.

Saham MAHB naik selepas dagangan dihentikan susulan laporan ambil alih
Setakat jam 10.11 pagi ini, saham MAHB menokok enam sen kepada RM10.96 daripada RM10.90 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.

Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Penggantian Aerotrain lama dengan sistem baharu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang dan mengurangkan risiko gangguan operasi di KLIA.

Pelaburan KWSP dalam MAHB untuk sokong pembayaran dividen
Keputusan pelaburan KWSP termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham MAHB adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli.

ADIA akan main peranan penting dalam transformasi MAHB - Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) akan memainkan peranan penting dalam transformasi dan pelaksanaan penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).