Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak bercadang mengurangkan kadar bayaran pendaratan ke atas syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK).

Pengurus Besar Kanan Operasi MAHB Datuk Azmi Murad berkata pihaknya perlu akur dengan kadar pendataran yang ditentukan kerajaan.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penempatan Tabung Pahlawan 2013 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini Jumaat.

Beliau mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Selasa lepas supaya MAHB mengkaji semula bayaran pendaratan yang dikenakan ke atas syarikat penerbangan di LGK bagi menarik banyak penerbangan terus ke negeri itu.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri dan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Kempen Tabung Pahlawan 2013 Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Mahathir yakin jika bayaran pendaratan dikurangkan, lebih banyak penerbangan akan terbang terus ke Langkawi dari luar negara, sekali gus meningkatkan lagi kehadiran pelancong ke pulau peranginan tersebut.

Azmi berkata tahun ini, MAHB menjangkakan peningkatan penumpang kira-kira 45 juta berbanding 39.9 juta tahun lepas.

"Ini susulan kemasukan syarikat penerbangan baharu seperti Malindo Air selain Malaysia Airlines yang telah menambahkan kapasiti penumpang ke destinasi baharunya, Dubai.