awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines, China Southern Airlines lancar perkongsian kod penerbangan

Bernama
Bernama
06/07/2023
04:32 MYT
Malaysia Airlines, China Southern Airlines lancar perkongsian kod penerbangan
Malaysia Airlines dan China Southern Airlines lancar perkongsian kod penerbangan antara kedua-dua syarikat penerbangan, menawarkan pengembara sambungan lancar dan pilihan perjalanan yang ditambah baik mulai hari ini. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines dan China Southern Airlines Co Ltd (CZ) telah melancarkan perkongsian kod penerbangan antara kedua-dua syarikat penerbangan, menawarkan pengembara sambungan lancar dan pilihan perjalanan yang ditambah baik mulai hari ini.
Melalui perkongsian itu, penumpang dapat memanfaatkan kekerapan penerbangan antara hab utama syarikat penerbangan iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun (CAN).
Kedua-dua syarikat penerbangan itu juga merancang untuk mengembangkan dan memanfaatkan rangkaian teras masing-masing untuk meneroka kerjasama dan meningkatkannya.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkongsian kod dengan CZ akan membantu meningkatkan kehadiran Malaysia Airlines di China, salah satu destinasi utama dalam rangkaiannya berikutan pembukaan semula pintu sempadan negara itu.
"Sejak April 2023, kami telah menyambung semula semua perkhidmatan kami ke China termasuk Guangzhou, Xiamen, Beijing dan Shanghai.
"Kami berharap dapat memperluaskan kehadiran kami dengan mengembangkan perkongsian perkongsian kod kami dengan CZ serta mempromosikan perkhidmatan perhotelan Malaysia yang terkenal kepada penumpang mereka," katanya.
Malaysia Airlines kini mengendalikan tiga penerbangan mingguan antara KUL dan CAN menggunakan pesawat A330-200, ia menawarkan 19 tempat duduk kelas perniagaan, 42 tempat duduk kelas ekonomi dengan ruang kaki tambahan dan 226 tempat duduk Kelas Ekonomi.
Sementara itu, CZ ketika ini mengendalikan penerbangan dari CAN ke KUL 21 kali seminggu menggunakan pesawat A320 dan B787-9 miliknya.
A320 menawarkan lapan tempat duduk kelas perniagaan dan 144 tempat duduk kelas ekonomi manakala B787-9 pula dilengkapi 28 tempat duduk kelas perniagaan dan tempat duduk kelas ekonomi yang selesa. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#China Southern Airlines
#perkongsian kod penerbangan
#syarikat penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan