KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd menjangkakan industri penerbangan global akan pulih seawal 2023 atau 2024 tetapi percaya Malaysia Airlines Bhd mempunyai struktur kos dan lembaran imbangan yang betul bagi menempuh perjalanan yang sukar selepas pandemik berakhir.
Menurut Pengarah Urusan Datuk Shahril Ridza Ridzuan, pemulihan industri terutama daripada segi pendapatan, akan mengambil masa bertahun-tahun untuk setara dengan tempoh sebelum COVID-19 dan sangat bergantung kepada fasa pemulihan pandemik, pembukaan semula sempadan antarabangsa serta permintaan perjalanan.
Pelan penstrukturan semula MAB yang meluas yang membabitkan persetujuan daripada Mahkamah United Kingdom pada 22 Feb lepas memberikan syarikat penerbangan itu, prospek yang jauh lebih baik walaupun ramai orang berpendapat, beberapa bentuk penyatuan dalam industri berkenaan adalah tidak dapat dielakkan.
"Lebih kurang RM15 bilion liabiliti tertunggak dalam keseluruhan struktur hutang telah diselesaikan, sama ada melalui pengampunan hutang atau penumpuan hutang kepada ekuiti, membolehkan lembaran imbangan ditetapkan semula pada tahap yang lebih mampan.
''Kami juga menerima sokongan penting pemiutang daripada segi pengurusan kecairan, misalnya, untuk mewujudkan struktur kos yang lebih berdaya maju pada masa akan datang," katanya semasa persidangan maya selepas membentangkan laporan prestasi kewangan Khazanah 2020 hari ini.
Shahril Ridza menjelaskan Khazanah juga telah menangguhkan penghantaran pesawat baharu ke satu tarikh iaitu selepas pasaran mula memulih memandangkan pemilikan itu akan menelan angka yang agak besar daripada langkah penstrukturan semula kosnya.
Di bawah pelan penstrukturan semula itu, Khazanah komited untuk menyuntik sehingga RM3.5 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang, satu langkah penting bagi memberi gerenti kepada pemiutang agar mereka dapat memberikan diskaun, potongan dan penumpuan hutang kepada ekuiti yang diperlukan untuk memperbaiki lembaran imbangan syarikat penerbangan berkenaan.
Katanya lagi, dana kedaulatan itu komited bagi menyokong Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) dalam melaksanakan penstrukturan semula dalamannya.
MAG akan memberi tumpuan untuk bekerjasama dengan kerajaan dan pihak berkepentingan bagi memulihkan semula perjalanan udara termasuk industri secara keseluruhan, serta meneruskan inisiatif pemuliharaan tunai syarikat penerbangan itu.
Khazanah Nasional adalah pemegang saham tunggal MAB, melalui anak syarikatnya MAG.
Shahril Ridza ketika ditanya mengenai sebarang jaminan jika MAB mampu mencipta keuntungan selepas program penstrukturan semulanya berkata, "tiada jaminan tetapi apa yang telah kami buat adalah menjalankan perundingan dengan semua pihak berkepentingan untuk meletakkan syarikat penerbangan itu dalam kedudukan yang lebih baik".
Industri penerbangan di Malaysia mempunyai situasi terlebih bekalan untuk jangka masa yang sangat lama, ini menyebabkan penyatuan tidak dapat dielakkan.
Bagaimanapun, pemilikan sebuah syarikat penerbangan nasional adalah pendekatan yang amat tepat untuk Malaysia berhubung dengan dunia, bagi membawa masuk kargo dan bekalan vaksin COVID-19, yang mana Malaysia Airlines kini berada di barisan hadapan untuk negara.
''Pelaburan yang kami lakukan dalam beberapa tahun akan datang akan memastikan syarikat penerbangan ini berkembang sehingga ia mengalami pemulihan, yang merupakan sebahagian daripada sokongan yang diperlukan untuk ekonomi dan infrastruktur negara,'' katanya lagi.
Pada 2020, keuntungan operasi Khazanah jatuh kepada RM2.9 bilion berbanding RM7.4 bilion yang dicatatkan semasa 2019.
Pendapatan dividen daripada syarikat pelaburan meningkat kepada RM5.2 bilion daripada RM3.8 bilion tetapi diimbangi oleh keuntungan pelupusan yang lebih rendah sebanyak RM2.7 bilion berbanding RM9.9 bilion pada 2019.
Impak pandemik COVID-19 membawa kepada kemerosotan yang lebih tinggi sebanyak RM6.0 bilion, terutamanya dalam aset penerbangan dan perhotelan, berbanding RM4.9 bilion pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 04 2021
Di bawah pelan penstrukturan semula itu, Khazanah komited untuk menyuntik sehingga RM3.5 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang. - Gambar fail
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Khazanah Nasional lancar #BerbudiBersama sempena 30 tahun majukan Malaysia
Inisiatif ini bermatlamat mempererat hubungan dengan masyarakat, menggalakkan kerjasama yang lebih besar, dan penciptaan impak untuk Malaysia yang lebih sejahtera.
42 Malaysia: Platform pembelajaran rakan setara, memacu pembangunan tenaga mahir digital negara
Program 42 Malaysia (42MY) menjadi medium utama dalam melahirkan tenaga mahir sektor digital dalam negara.
Antler, Khazanah jalin kerjasama sokong ekosistem pemula tempatan
Kerjasama bersama Antler merupakan pelaksanaan terbaru bagi sebuah inisiatif di bawah Dana Impak dikenali sebagai 'Future Malaysia Programme' untuk menyokong ekosistem pemula tempatan.
Usaha bersepadu dalam setiap kerjasama kunci kejayaan Khazanah
Kejayaan itu juga hasil dari pandangan konkrit tentang kesan yang ingin dilakukan.
Khazanah Nasional sasar pelaburan RM180 juta menerusi program Future Malaysia Dana Impak
Khazanah mengumumkan kerjasama dengan dana modal teroka Gobi Partners dan 500 Global.
Dana Impak: 6 tema utama menjana pertumbuhan - Khazanah
Pelaburan pemangkin untuk jangka masa sederhana dan panjang itu bakal mengukuhkan daya tahan negara sekali gus menjana pertumbuhan.
Khazanah dan Yayasan Hasanah sumbang RM7.5 juta untuk bantu mangsa banjir
Khazanah Nasional mengumumkan sumbangan RM5 juta untuk sokongan kepada mangsa banjir.
Axiata lantik Shahril Ridza sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Axiata Group Bhd melantik Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, berkuat kuasa hari ini.
Tengku Zafrul beri bayangan Malaysia Airlines bakal terima sokongan kewangan
Menteri Kewangan beri bayangan bahawa syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Bhd (MAB) bakal terima sokongan kewangan.
UEM Sunrise, EcoWorld fail permohonan bergabung - Laporan Bursa
Khazanah Nasional akan menjadi pemegang saham terbesar bagi kedua-dua syarikat ini selepas penggabungan, melalui pegangan saham mereka dalam syarikat UEM Group.