awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines lancar penerbangan Kuala Lumpur - Doha

Afiq Murad
Afiq Murad
26/05/2022
05:57 MYT
Malaysia Airlines lancar penerbangan Kuala Lumpur - Doha
Kapten Mohd Radzi Mohamad Alias dan Pegawai Pertama Tan Weng Ju bersama kru penerbangan yang terlibat dalam penerbangan sulung MH160 ke Doha.- Foto Malaysia Airlines
SEPANG: Malaysia Airlines menambah satu lagi destinasi penerbangannya ke Timur Tengah dengan melancarkan laluan Kuala Lumpur - Doha.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Malaysia Airlines Berhad (MAB), Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata laluan baharu itu bakal meningkatkan jaringan penerbangan globalnya.
"Kami berbangga untuk memperkenalkan servis baharu ini, iaitu penerbangan langsung yang ketiga ke Timur Tengah selepas Jeddah dan Madinah.
"Keputusan ini bakal memberi lebih kemudahan kepada pelanggan beserta meningkatkan jaringan penerbangan global kami.
"Ia telah pun mencatatkan kadar tempahan penerbangan MH160 dan MH161 yang memberangsangkan iaitu sebanyak 80 peratus," kata Ahmad Luqman dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Perasmian penerbangan sulung KL-Doha diadakan di KLIA pada Rabu malam. - Foto Malaysia Airlines
Perasmian penerbangan sulung KL-Doha diadakan di KLIA pada Rabu malam. - Foto Malaysia Airlines
Jelasnya, melalui perkongsian sedia ada antara MAB dan Qatar Airways itu, penumpang bakal memperoleh akses kepada 96 kod perkongsian destinasi melalui dua hub strategik.
Mengulas lanjut, beliau berkata, penambahan laluan baharu itu adalah seiring sasaran mencapai 70 peratus kapasiti tempahan pada akhir tahun ini, seperti yang direkodkan sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia.
Pesawat A330-300 dengan kod penerbangan MH160/161 berkapasiti 290 tempat duduk akan beroperasi setiap hari.
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#Doha
#Kuala Lumpur
#penerbangan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan