BISNES
Malaysia Airlines raih pengiktirafan global, kukuhkan kedudukan sebagai peneraju industri penerbangan
Malaysia Airlines terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila meraih pelbagai pengiktirafan berprestij yang mencerminkan komitmen berterusan terhadap kecemerlangan dan pengalaman pelanggan bertaraf dunia.
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila meraih pelbagai pengiktirafan berprestij yang mencerminkan komitmen berterusan terhadap kecemerlangan dan pengalaman pelanggan bertaraf dunia.
Antara pencapaian utama, syarikat penerbangan nasional itu sekali lagi dianugerahkan status APEX Four Star Major Airline dalam Penarafan Rasmi Syarikat Penerbangan 2026, mengiktiraf prestasi konsisten dalam aspek keselamatan, perkhidmatan dan operasi.
Malaysia Airlines turut mencatat sejarah apabila disenaraikan sebagai Syarikat Penerbangan ke-9 Terbaik Dunia dalam Condé Nast Traveller UK Readers’ Choice Awards 2025, hasil undian pembaca global yang menghargai pengalaman perjalanan mereka bersama syarikat penerbangan ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Izham Ismail menyifatkan pengiktirafan ini sebagai bukti dedikasi warga kerja Malaysia Airlines dalam menyampaikan Hospitaliti Malaysia yang tulen dan berkualiti.
“Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan global ini. Ia mencerminkan usaha berterusan kami dalam mempertingkatkan pengalaman pelanggan dan mengekalkan kepercayaan pelancong antarabangsa,” katanya.
Malaysia Airlines turut menerima dua anugerah di Asian Experience Awards 2025 di Singapura bagi projek “Elevating Brand Experience Through Commercial Strategic Elevation Transformation”, menjadikannya syarikat penerbangan pertama yang diiktiraf atas strategi komersial holistik yang menyatukan data, pemasaran dan jualan di bawah satu visi.
Kempen kreatif “Epicurean Journey to Chiang Mai” turut meraih Big Bang Award di YouTube Works Awards Malaysia 2025, manakala MAB Engineering Services memenangi Marketing Campaign of the Year Award di MRO Asia-Pacific Awards menerusi kempen “Second TakeOff” yang menampilkan transformasi jenama dan komitmen baharu dalam kejuruteraan penerbangan.
Tidak ketinggalan, MAG Arena turut diiktiraf di Malaysia Business Events Awards (MBEA) 2025 menerusi kemenangan Booth Design Excellence kategori Double Deck semasa MATTA Fair April 2025.
Dengan rangkaian pencapaian ini, Malaysia Airlines dan MAG terus memperkukuh reputasi sebagai kumpulan penerbangan terkemuka yang menggabungkan inovasi, kecemerlangan dan pengalaman pelanggan yang luar biasa.