awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines tambah penerbangan terus dari KL ke Doha

Bernama
Bernama
10/05/2022
12:37 MYT
Malaysia Airlines tambah penerbangan terus dari KL ke Doha
Malaysia Airlines Bhd akan mengembangkan rangkaian antarabangsanya dengan penerbangan terus baharu ke Doha bermula 25 Mei menandakannya sebagai destinasi Timur Tengah ketiga selepas Jeddah dan Madinah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd akan mengembangkan rangkaian antarabangsanya dengan penerbangan terus baharu ke Doha bermula 25 Mei menandakannya sebagai destinasi Timur Tengah ketiga selepas Jeddah dan Madinah.
"Perkhidmatan baharu itu akan menyediakan penumpang kesalinghubungan yang lancar melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, membolehkan perhubungan yang optimum ke Amerika Syarikat, Eropah, Afrika dan Timur Tengah melalui perkongsian kod dengan Qatar Airways," kata syarikat penerbangan itu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Kapten Izham Ismail, laluan baharu syarikat penerbangan nasional itu ke Doha merupakan peluang terbaik untuk mengembangkan rangkaian dan penawarannya, termasuk menghubungkan pasaran ASEAN dengan rantau Timur Tengah.
"Perkhidmatan itu akan meningkatkan lagi pertumbuhan aliran trafik melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), membuka Malaysia secara lebih meluas kepada pelancong dari destinasi antarabangsa lain," katanya.
Malaysia Airlines akan mengendalikan penerbangan terus harian antara KLIA (KUL) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad (DOH) menerusi MH160 yang berlepas dari KUL-DOH pada 9.20 malam dan MH161 DOH-KUL pada 1.30 pagi.
Untuk maklumat lanjut dan menempah penerbangan anda ke Doha, layari laman web rasmi Malaysia Airlines di www.malaysiaairlines.com.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#penerbangan terus
#Doha
#Timur Tengah
#Jeddah
#Madinah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan