Malaysia akan meningkatkan perdagangan dengan negara ASEAN dan Asia selepas pengunduran Amerika Syarikat (AS) daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada 23 Jan lepas.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata negara anggota ASEAN akan menjadi tumpuan utama perdagangan Malaysia, diikuti dengan China, Korea Selatan, Jepun serta India.
"Sepuluh negara ASEAN merupakan menjadi keutamaan kita. China dan negara-negara Timur Laut Asia seperti Jepun, Korea Selatan serta India juga penting.
"Setakat ini, China masih menjadi rakan dagangan kita yang terbesar. Ini bukan perkara baharu kerana kita selalu menjalinkan kerjasama dengan China," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan serta melawat masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Jalan Merican di sini, hari ini.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebelum ini bertindak menandatangani Arahan Eksekutif penarikan diri daripada TPPA pada Isnin (23 Jan) lepas, dengan alasan TPPA boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan di AS serta pengaliran keluar dana ke negara-negara selain TPPA.
TPPA yang dimeterai Malaysia dan 11 negara anggota lainnya pada 4 Feb, 2016, tidak boleh dilaksanakan tanpa penyertaan AS yang mewakili kira-kira 60 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) daripada 12 negara anggota berkenaan.
Di bawah perjanjian itu, sebanyak minimum enam negara yang menyumbang 85 peratus daripada gabungan KDNK 12 negara berkenaan, perlu melakukan proses ratifikasi atau pengesahan sebelum dokumen itu dapat dikuat kuasakan.
TPPA dianggotai 12 negara iaitu Australia, Brunei, Chile, Kanada, New Zealand, Jepun, Malaysia, Singapura, Mexico, Peru, AS dan Vietnam. -- Bernama
Bernama
Sun Jan 29 2017

TPPA yang dimeterai Malaysia dan 11 negara anggota lainnya pada 4 Feb, 2016, tidak boleh dilaksanakan tanpa penyertaan AS yang mewakili kira-kira 60 peratus KDNK daripada 12 negara anggota berkenaan.
![[TERKINI] Politik | Pakatan Harapan berdepan kemelut? [TERKINI] Politik | Pakatan Harapan berdepan kemelut?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892893/31570730741614503410740_640x360.jpg)
[TERKINI] Politik | Pakatan Harapan berdepan kemelut?
Dua orang lagi Ahli Parlimen PKR keluar parti, selepas seorang ADUN Amanah keluar partinya untuk menyertai PKR. Ini hanya episod terbaru dalam krisis lompat politik yang telah membelenggu parti-parti komponen PH sejak beberapa bulan lepas. Tatkala PRU15 semakin hampir, adakah PH sekali lagi gagal mencapai solidariti dan membina kepercayaan dalam kalangan parti komponennya?

AWANI Ringkas: Dua bekas ahli parlimen PKR sokong PN | Bekas tiga Adun AMANAH sertai PKR, jejas PH

Tragedi mandi di Pantai Sungai Ular: Mayat mangsa hilang ditemukan
Mayat kanak-kanak yang hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular di sini semalam, ditemukan kira-kira 12.45 tengah hari tadi.

Hampir 3,000 babi akan dilupus di Sabah untuk halang penularan ASF
Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata jumlah tersebut dikesan di daerah Pitas dan sebanyak 22 ekor babi telah dilupuskan dalam fasa pertama.
![[TERKINI] Politik | PN di landasan tepat, keluar parti demi rakyat [TERKINI] Politik | PN di landasan tepat, keluar parti demi rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892891/27199807091614502530234_640x360.jpg)
[TERKINI] Politik | PN di landasan tepat, keluar parti demi rakyat
Dan ini reaksi Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon. Ikuti reaksi yang baharu kami terima.

Dera Anak | suami isteri hukuman gantung sampai mati
Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati manakala dua lagi anak pasangan itu dilepaskan dan dibebaskan kerana membunuh seorang gadis yang juga ahli keluarga mereka.

Akuan Bersumpah | Dua bekas Ahli Parlimen PKR sokong PN
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua bekas Ahli Parlimen PKR. Menerusi muat naik status di akaun media sosialnya, Muhyiddin berkata dua Ahli Parlimen tersebut adalah Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon.

Tiga kartel dadah bergelar Tan Sri dan Datuk dalang utama sindiket dadah di Malaysia - Polis
Antara aktiviti perniagaan yang dimiliki individu berusia 45 tahun dan ke atas itu termasuk pengedaran kokain ke luar negara.

Internet percuma untuk orang Ipoh
Projek pemasangan WiFi percuma di 20 lokasi ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung April ini.

28 individu dan dua pemilik premis futsal dikompaun kerana tidak patuh SOP - Polis
28 individu sedang asyik bermain futsal di sebuah premis di Gombak dikompaun selepas didapati tidak mematuhi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada Sabtu.

Hishammuddin lakukan lawatan rasmi ke Brunei esok
Ini merupakan lawatan rasmi Hishammuddin keempat bulan ini selepas Indonesia, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.

Malaysia, Perancis setuju kerjasama bentuk baharu
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perkara berkenaan dipersetujui ketika sidang video hampir sejam pada Isnin dengan rakan sejawatan, Jean-Yves Le Drian.

Menteri Luar Myanmar bertemu rakan sejawatan dari Indonesia, Thai di Bangkok
Prayuth dan Wunna Maung Lwin bertemu di Pangkalan Tentera Udara Diraja Thailand, di Don Mueng selama sejam dan menumpukan rundingan mengenai masalah politik dan bantahan di Myanmar.

Hubungan Malaysia-Jepun strategik dan bernilai tinggi, kata Duta Jepun
Kerjasama antara kedua negara tidak terbatas dan banyak kemajuan telah dicapai menerusi Dasar Pandang ke Timur Malaysia.

PH desak kerajaan pertimbang keputusan hantar pulang 1,200 tahanan Myanmar
Adalah tindakan tidak bertanggungjawab hantar tahanan itu kembali ke Myanmar ketika berdepan konflik yang hanya akan membahayakan lagi keselamatan mereka

Ahli Parlimen ASEAN gesa benarkan Parlimen bersidang bukan wakil rakyat - CENTHRA
Seramai 25 daripada 90 ahli Parlimen ASEAN yang menggesa Yang di-Pertuan Agong serta Perdana Menteri untuk membenarkan Parlimen bersidang secepat mungkin bukan lagi wakil rakyat.

Amat mustahil negara dapat banteras 100 peratus rasuah - Dr Mohamed Azam
Amat mustahil negara dapat membanteras 100 peratus amalan rasuah kerana ia melibatkan manusia, kata Prof Madya Dr Mohamed Azam Adil.

Penguncupan 5.6 peratus KDNK sudah dijangka, namun asas ekonomi masih kekal kukuh
Ekonomi negara yang menyusut sebanyak 5.6 peratus, paling rendah sejak 1998 sebenarnya sudah dijangka, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Rasuah Busters: Tiada lagi tender terus atau tertutup dalam MDEC - Rais Hussin
Ia antara inisiatif MDEC untuk memastikan tiada unsur rasuah atau salah laku yang melibatkan agensi berkenaan dalam pengurusan projek.

Southeast Asia's economics of rice
This love affair with the seed of the grass species, oryza sativa is not only rooted in the tangible world but has its own mystical, non-corporeal underpinnings to it.