awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia berada di kedudukan ke-20 Laporan Daya Saing Global 2014-2015

Bernama
Bernama
03/09/2014
02:00 MYT
Malaysia berada di kedudukan ke-20 Laporan Daya Saing Global 2014-2015
MOHD RAZALI: Kerajaan akan terus mengukuhkan usaha dalam tunggak seperti persekitaran ekonomi makro, kecekapan pasaran buruh dan kesediaan teknologi.
Kedudukan Malaysia dalam Laporan Daya Saing Global 2014-2015 melonjak ke tangga ke-20 daripada kalangan 144 negara, mendahului ekonomi maju seperti Austria, Australia, Perancis dan Korea Selatan.
Tahun lepas, negara berada di kedudukan ke-24 daripada kalangan 148 negara.
Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Mohd Razali Hussain berkata, meskipun ini merupakan kedudukan terbaik Malaysia setakat ini, kerajaan akan terus mengukuhkan usaha dalam tunggak seperti persekitaran ekonomi makro, kecekapan pasaran buruh dan kesediaan teknologi.
"Persekitaran ekonomi makro mencatatkan penurunan enam tangga ke kedudukan ke-44 daripada ke-38 tahun lepas. Perhatian utama kita ialah pada keseimbangan bajet kerajaan dan hutang kerajaan.
"Mengenai kesediaan teknologi, Malaysia turun enam tangga ke kedudukan ke-60 daripada ke-51 sebelum ini," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan kedudukan daya saing negara semalam.
Mohd Razali berkata MPC ingin mencadangkan penubuhan pasukan tugas khas bagi menambah baik kesediaan teknologi di negara ini.
Antara inisiatif yang perlu diperkukuh termasuklah langganan jalur lebar mudah alih bagi setiap 100 penduduk, lebar jalur Internet antarabangsa dan langganan Internet jalur lebar tetap bagi setiap 100 penduduk.
Mengenai tunggak kecekapan pasaran buruh, yang meningkat ke tangga ke-19 daripada ke-25 tahun lepas, Mohd Razali berkata kerajaan akan terus menggiatkan inisiatif bagi menggalakkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja buruh.
Pada 2013, daripada keseluruhan penduduk wanita di negara ini, 52.4 peratus kini bekerja.
"Kami akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian dan agensi untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam tiga tunggak, serta, mengadakan lebih banyak perbincangan dengan komuniti perniagaan," katanya.
Sementara itu, Mohd Razali juga mencadangkan untuk mengadakan laporan daya saing peringkat negara, dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.
"Daripada ranking, ia akan mendorong kita melakukan yang lebih baik lagi dalam bidang yang kita lemah," katanya.
Laporan Daya Saing Global, yang berasaskan kepada Indeks Daya Saing Global, diperkenalkan oleh Forum Ekonomi Dunia pada 2004.
Topic Berkaitan
#Laporan Daya Saing Global
#Mohd Razali Hussain
#MPC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan