KUALA LUMPUR:Malaysia amat bergantung kepada jaringan kereta api dalam usaha memacu aspirasi negara pada masa depan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata pengangkutan kereta api memainkan peranan penting di semua negara maju, dengan Malaysia turut menyasar untuk menjadi antaranya dengan memiliki gabungan pengangkutan yang kukuh.
"Inisiatif Jalur dan Jalan oleh China, yang merangkumi Asia Tenggara, Asia Tengah dan negara-negara sehingga ke Eropah, telah menarik perhatian besar di rantau ini dan di luar.
"Kesalinghubungan dan kerjasama antara negara-negara ini akan menjadi langkah penting dalam aspek perdagangan, pertukaran budaya dan saintifik dalam abad baharu ini," katanya semasa berucap merasmikan Simposium Kedua mengenai Infrastruktur dan Kejuruteraan Kereta Api secara maya anjuran Fakulti Kejuruteraan dan Sains, Universiti Tunku Abdul Rahman bersama-sama Pertubuhan Industri Rel Malaysia hari ini.
Wee berkata kerajaan telah memulakan inisiatif baharu ini dan sedang memperluas jaringan kereta api ke seluruh negara.
Fasa pertama Laluan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang, dari Sungai Buloh ke Semantan, memulakan operasi pada 16 Disember 2016 manakala bagi keseluruhan laluan, dari Sungai Buloh ke Kajang, pada 17 Julai 2017.
"Ini adalah bukti komitmen Malaysia untuk menjadi negara maju. Laluan sepanjang 51 kilometer ini melintasi 31 stesen yang memberi perkhidmatan kepada 1.2 juta orang," katanya.
Beliau berkata menyedari kepentingan jaringan kereta api terutama di kawasan Greater Kuala Lumpur, kerajaan menyediakan lagi peruntukan bagi projek pembinaan Laluan MRT 2, yang sedang dibangunkan dengan jarak sepanjang 52 kilometer dan menjangkakan 529,000 orang pengguna sehari.
"Contoh komitmen kerajaan yang lain dalam memperluas jaringan kereta api di negara ini adalah pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 664 kilometer. Kos pembinaan dianggarkan bernilai US$12.5 bilion untuk menghubungkan negeri-negeri di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Pahang, Terengganu dan Kelantan," katanya.
Beliau berkata ini berpotensi mengubah laluan perdagangan antarabangsa utama dalam proses itu.
"Koridor ini adalah sejajar dengan cita-cita Jalur dan Jalan China yang menghubungkan Timur Tengah dengan Eropah melalui jalan laut. ECRL diunjurkan membawa kira-kira 5.4 juta penumpang dan mengangkut 53 juta tan kargo setahun mulai 2030, dengan nisbah pengangkutan 30 peratus penumpang dan 70 peratus lagi adalah kargo," katanya.
Simposium sehari itu bertujuan menghimpunkan profesional daripada industri kereta api seperti pengendali dan penyelidik, selain ahli akademik untuk berkongsi dan menggalakkan aktiviti penyelidikan bagi menyokong usaha baharu peluasan jaringan kereta api di Malaysia serta inisiatif Jalur dan Jalan China di rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 03 2021
Wee Ka Siong berkata, kerajaan telah memulakan inisiatif baharu ini dan sedang memperluas jaringan kereta api ke seluruh negara. - Gambar fail
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya dibebaskan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak $690,000 dolar.
Pembinaan Projek LRT Laluan Mutiara disasarkan bermula tahun ini
Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pelaksanaan keseluruhan projek dijangka memerlukan tempoh masa lebih kurang enam tahun dan disasarkan beroperasi pada tahun 2030.
MOT, Kesuma taja 50,000 pekerja sendiri melalui SKSPS
Tajaan penuh itu melibatkan 35,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah.
Isu MYAirline: Bayar tunggakan tiket, gaji sebelum bincang pelabur baharu - Loke
Anthony Loke berkata, pihak kementerian akan bertemu syarikat itu pada Jumaat bagi mendengar perincian perkara tersebut.
Pembinaan lima stesen LRT3 dijangka dilaksana mula 2027 - Loke
Pembinaan lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dibatalkan sebelum ini dijangka bermula pada 2027.
Gaji tidak setimpal punca pemandu bas berkurangan - Anthony
Kadar bayaran gaji yang tidak setimpal menjadi punca berlakunya kekurangan pemandu bas di negara ini.
Kontrak MyEG dilanjutkan 3 tahun, bukan lagi eksklusif - Loke
Loke menjelaskan pihaknya bersedia mempertimbangkan sekiranya ada penyedia e-kerajaan lain ingin membuat permohonan.
Kerajaan lulus peruntukan RM40 juta, akhiri polemik pendanaan TAR UMT
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta kepada Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT).
LRT masih belum stabil, dijangka ada lagi perkhidmatan tergendala - Anthony Loke
Anthony Loke mohon maaf kepada penumpang.
Gangguan LRT: Wee Ka Siong tidak tolak kemungkinan sabotaj
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong tidak menolak kemungkinan terdapat unsur sabotaj sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT).
Kekerapan tren LRT dijangka dipertingkat pada Ogos - Wee
Kekerapan tren bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka dapat dipertingkat pada Ogos ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Lapangan Terbang Sandakan bakal jadi pemangkin pembangunan - Wee
Lapangan Terbang Sandakan, yang telah siap dinaik taraf pada akhir tahun lepas, bakal menjadi pemangkin bagi menggerakkan pembangunan di daerah itu khususnya dalam sektor ekopelancongan.