awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia capai persefahaman pelaburan gas hidrogen ke Indonesia

Bernama
Bernama
19/03/2023
22:00 MYT
Malaysia capai persefahaman pelaburan gas hidrogen ke Indonesia
Anwar berkata persefahaman antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Indonesia itu telah dimaklumkan oleh Presiden Joko Widodo kepada beliau sebelum ini.
KUALA LUMPUR: Malaysia telah mencapai persefahaman dengan kerajaan Indonesia melibatkan pelaburan dan pembekalan gas hidrogen ke ibu negara baharu Indonesia yang diberi nama Nusantara di Kalimantan Timur.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata persefahaman antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Indonesia itu telah dimaklumkan oleh Presiden Joko Widodo kepada beliau sebelum ini.
"Perkembangan ini amat membantu dalam menambah keyakinan pelabur," kata Menteri Kewangan itu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di sini malam Ahad.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang turut hadir pada sidang media itu, pula berkata beliau telah berkesempatan bertemu Jokowi di Indonesia dan membincangkan pelaburan Kerajaan Negeri Sarawak berkaitan tenaga hidrogen di Nusantara.
"Ini membayangkan keyakinan negara jiran kepada pemerintahan kita di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembekalan gas
#hidrogen
#Indonesia
#nusantara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan