awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MITI, agensi laksana analisis kos-faedah bagi ART - Johari
MITRA kini di bawah KESUMA - Ramanan
Ringgit capai paras tertinggi baharu 3.9540 berbanding dolar AS, terus catat aliran meningkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia catat jualan eksport RM45.4 bilion daripada misi perdagangan PM 2025

Bernama
Bernama
27/01/2026
05:45 MYT
Malaysia catat jualan eksport RM45.4 bilion daripada misi perdagangan PM 2025
Perdana Menteri ketika sesi pertanyaan-pertanyaan dan jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan jualan eksport sebanyak RM45.4 bilion daripada hasil lawatan dan misi perdagangan Perdana Menteri ke luar negara pada 2025, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata jualan eksport tersebut melibatkan sektor gas asli cecair (LNG), minyak sawit, barangan elektrik dan elektonik.
"Kita telah menjana jualan eksport itu daripada hubungan (perdagangan) dengan negara-negara seperti United Kingdom, Thailand, Rusia, Itali, Perancis, Brazil, Korea Selatan, Ethiopia, Kenya, Afrika Selatan dan sebagainya.
"(Sektor) yang kian meningkat terutamanya (ialah) semikonduktor, barangan aeroangkasa, perabot dan bahan-bahan lain," kata beliau pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) mengenai prestasi dan nilai perdagangan bagi tahun 2025 serta hasil lawatan dan misi perdagangan Perdana Menteri ke luar negara sepanjang tempoh tersebut yang menyumbang kepada peningkatan eksport Malaysia.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#jualan eksport
#misi perdagangan Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan